6 Tip Untuk Menjejak Koloni Lebah Apis atau Lebah Kelulut Liar

Adakah anda pernah terjumpa sekumpulan lebah Apis atau lebah kelulut sedang menghurungi sesuatu pokok bunga dengan begitu banyak sekali dan teringin hendak menjejak tempat koloni tersebut bersarang?   Jika ia, disini saya sertakan tip-tip yang diberi oleh saudara Haslin MH..



Tip-tip menjejak koloni


1.  Semua jenis binatang termasuk lebah akan bersarang dikawasan yang mempunyai sumber air bersih sama ada ditepi-tepi sungai, paya atau alur. Sehubungan dengan itu, jika anda ingin menjejaknya, beri tumpuan kepada kawasan yang mempunyai sumber air berdekatan.

2.  Kelulut, terbaik dijejak waktu pagi, antara jam 7-9 am. Pada masa ini, aktiviti pengumpulan sumber nektar / pollen oleh lebah adalah sangat aktif, berulang alik dari sarang ke tempat sumber makanan.

3.  Tumpukan pemerhatian pada jarak 100 m radius dari sumber makanan

4.  Sarang kelulut biasanya terdapat pada ketinggian 10-15 kaki dari aras tanah.

5.  Pastikan jenis spesis yang ingin dijejak kerana spesis berlainan akan cenderung membuat sarang pada saiz pokok yang berbeza.    G. thoracica lebih cenderung bersarang pada pokok besar  (80 inci lilitan batang) dan sebaliknya H. itama dan T. laeviceps bersarang pada pokok yang mempunyai lilitan batang masingmasing 40 inci dan 20 inci.  

6.  Jenis pokok juga memaikan peranan penting.  H. itama biasa terdapat pada pokok rambutan, batang kelapa dan sebaliknya G. thoracica adalah berminat untuk bersarang pada pokok durian, gelam dll.  T. collina dan beberapa spesis berdamar lain akan bersarang pada pokok dari kumpulan Diptocarps.


3 komen

Terima kasih atas info. Saya tak bela G. thoracica atau T. laeviceps..tapi mereka banyak bertamu di laman saya. Saya berusaha nak buat perangkap. Tanah lapang di belakang rumah milik orang, jg rumah2 jiran.

Assalamualaikum. Berangan nak ade keloni kelulut d laman rumah bunglo (bukan nsk berlagak tp nak jelaskan adelah kawasan sikit tepi d er pan dan b
akang rmh) serta d kawasan tanah belukar yg saya tersngkan untuk tanam pokok2 buah. Ta banyak kurang dr 10 kloni jer untuk cuba2. Maklumat dr beberapa articles dapat memantapkam lg angan2 saya. Tetima kasih.

Terima kasih segala info saya baca setiap hari menambah ilmu. Saya dah kursus di mardi dan sekarang sedang ternak lebih 10 log thorasica dan h itama. Adakah terjejas bila sering terdapat pembakaran terbuka, kesan racun rumput dan bunyi bising mesin rumput utk ternakan ini.
Ini disebabkan satu log itama saya dah lari.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.