Sudu Besi Boleh Merosakkan Khasiat Madu – Adakah Satu Mitos Atau Ada Kebenarannya?


Penggunaan sudu keluli (stainless steel)

Pengunaan barangan daripada besi dalam pengendalian madu adalah satu laranggan bagi pengamal perubatan berasaskan madu. Pada umumnya sudu besi dilarang digunakan untuk untuk mengambilnya atau bekas untuk penyimpanan. Ada penternak yang mengelakkan menggunakan bekas kaca yang penutup diperbuat daripada besi. Bagi pemburu lebah tualang, secara tradisi penggunaan pisau besi untuk memotong sarang adalah sangat dilarang. Pada kebiasaanya, alatan yang digunakan untuk memotong sarang adalah diperbuat daripada tanduk.

Adakah ianya satu mitos?

Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Untuk cuba menjawab persoalan ini saya telah membuat sedikit pencarian literature dan saya berpendapat ianya mempunyai kebenarannya. Ini kerana madu sendiri adalah bersifat asidik. Kajian yang dijalankan menunjukkan nilai pH bagi madu adalah lingkungan 3.5 hingga 6.1, bergantung kepada jenis dan pemprosesan yang telah dijalankan. Apa bahan yang bersifat asidic akan memberi tindak balas dengan besi. Bukti telah menunjukkan titikan madu pada pada zink aluminium boleh menghasilkan tompok puteh yang mana ini menunjukkan tindakan asid terhadap kepingan besi tersebut telah berlaku.

Kesan titikan madu pada kepingan 
galvanised iron

Disamping itu, pemerhatian yang dibuat menunjukkan penutup besi yang digunakan untuk menutup botol yang berisi madu akan mudah berkarat jika dibandingkan dengan bahan lain.

Bagaimana pula dengan peralatan stainless steel?

Saya bependapat penggunaan sudu tahan karat (stainless steel) ketika pengambilan dan pemprosesan bagi jangka masa yang singat adalah tidak menjadi masalah kerana ianya diperbuat dari bahan tahan karat dan jangka masa tindak balas adalah sangat singkat.  Walau bagaimanapun penggunaan peralatan stainless steel bagi tujuan penyimpanan dalam jangka masa yang lama adalah tidak disyorkan kerana dikhuatir sifat madu boleh bertindak balas dengan bahan keluli berkenaan dalam jangka masa yang lama.

Info berkaitan:

2 komen

Saya baca ini lebih kepada penternakan.

Bagaimana kalau nak minum madu dengan sudu besi?

Boleh ke? Ada kesan tak madu akan menghakis sudu besi? Takya pun khasiat berkurangan?

Saya tak syorkan guna sudu besi. TAPI kalau guna sudu keluli (stainless steel), saya berpendapat ialah tidak mempunyai masalah kerana keluli telah terbukti tahan karat.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.