6 Sebab Mengapa Kelulut Tidak Sesuai Diternak di Ladang Kelapa Sawit


Sejak akhir-akhir ini ramai ahli di grup FB Kelab Lebah Kelulut bertanya berkenaan feasibiliti dan kesesuaian penternakan kelulut di ladang kelapa sawit.   Pertanyaan dibuat kerana kawasan tanaman kelapa sawit adalah sangat luas dan amat potensi untuk dimajukan jika ianya sesuai untuk diternak.  Satu kebaikan bagi ladang kelapa sawit ialah kanopinya yang padat dan dapat teduhan yang sesuai untuk penempatan koloni kelulut.

Untuk mereka yang berniat untuk menternak diladang kelapa sawit, disini dipaparkan beberapa isu yang berkaitan hasil dari maklum balas dari penternak lebah / lebah kelulut yang pernah mencuba menternak diladang kelapa sawit.

1.  Sifat bunga kelapa adalah sangat berbeza dengan bunga palma lain seperti pokok kelapa atau pinang.  Pokok kelapa sebagai contoh, bunganya mempunyai nektar dan pollen.  Tapi bunga kelapa sawit tidak mempunyai banyak nektar. Sehubungan dengan itu, pengeluaran madu adalah agak terhad jika ianya bergantung 100%  kepada sumber bunga kelapa sawit.  Pengalaman dari penternak lebah madu menunjukkan kotak haif akan penuh dengan pollen dengan dan pengeluaran nektar adalah pada tahap minima.

2.  Disebaliknya ada yang berpendapat, sumber nektar boleh diperoleh dari tanaman lain seperti tidak banyak pokok air mata pengantin atau pokok lain seperti Acacia yang boleh ditanam dengan baik diruang kosong diladang berkenaan.  Saya setuju dengan pendapat tersebut, tapi hanya pada pokok kelapa sawit yang telah matang sahaja.  Ruang tanpa teduhan adalah agak terhad bagi ladang sawit muda.  Tanpa cahaya matahari yang cukup, apa pokok pun tidak akan berupaya mengeluarkan bunga yang banyak.

3.  Bagi saya perkara yang penting ialah isu yang berkaitan dengan SOP pengeluaran kelapa sawit dan yang terpenting ialah pencemaran racun yang digunakan terhadap kelastarian koloni kelulut.  Saya difahamkan ada beberapa kes penternak lebah Apis kerugian besar apabila koloni peliharaan telah meninggalkan haif disebabkan tidak tahan dengan semburan racun ini.  

4.  Ada kemunkinan besar kelulut agak lebih tahan terhadap semburan racun berbanding dengan lebah Apis dan boleh bertahan buat beberapa tahun.  Tapi bagaimana pula dengan kelestarian generasinya.  Apakah kesan terhadap telur dan anak-anak yang baru dilahirkan?.  Adakah berkemungkinan anak yang baru dilahirkan tidak sempurna sifatnya.  

5.  Saya pasti madu atau pollen yang dikumpul kelulut akan tercemar dengan racun kimia ini.  Apakah kita masih boleh akui bahawa madu yang terhasil ini berkhasiat atau sebaliknya berbahaya kepada kesihatan.  Ada kes yang mengaitkan madu yang dihasilkan daripada ladang kelapa sawit boleh menyebabkan alahan kepada kulit bagi setengah orang.

6.  Satu lagi isu yang berkaitan dengan penternakan kelulut di ladang kelapa sawit ialah masalah parasit.   Parasit ini dikesan telah menyebabkan banyak koloni lebah Apis mati atau lari meninggalkan haif masing-masing.  Parasit ini juga boleh menyerang lebah kelulut jika ianya diternak dikawasan kelapa sawit.

Sebagai kesimpulan saya berpendapat LEBAH KELULUT ataupun LEBAH APIS tidak harus diusahakan dikawasan ladang kelapa sawit.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.