Sarang Lebah Kejutkan Warga Emas (KOSMOS - 04-04-2006)

Tags



SEREMBAN – Seorang warga emas, Stella Chia, 78, terkejut ketika ingin mandi apabila mendapati sarang lebah sebesar buah kelapa tergantung di dalam bilik airnya.

Tinjauan KOSMO!ke kediaman Stella di Jalan Rasah memeranjatkan kerana lebah itu bukan sahaja boleh mencederakannya malah mampu mengancam nyawa.

Stella berkata, ini merupakan kali kedua sarang lebah ditemui di rumahnya tetapi kali ini lebih menakutkan kerana ia berada di dalam bilik air rumahnya.

"Sebelum ini, saya perasan sarang lebah bersaiz kecil sahaja. Tiba-tiba pagi tadi semasa mencuci muka terasa seperti ada sesuatu hinggap di kepala dan ketika cuba menghalaunya, lebah itu telah menyengat tangan saya.

Apabila mendongak ke arah tingkap bilik air, saya tergamam seketika apabila melihat sarang lebah sudah membesar seperti sebiji buah kelapa," katanya ketika ditemui KOSMO!kelmarin.

Sementara itu,jurucakap Jabatan Perkhidmatan Awam 3, K. Susiran berkata, pihaknya telah mengambil masa selama 15 minit untuk memusnahkan sarang lebah tersebut dengan mengggunakan teknik pengasapan.

"Ini kerana pada kebiasaannya, pemusnahan sarang lebah akan
dilakukan pada waktu malam tetapi disebabkan sarang lebah berada di dalam rumah ia terpaksa dihapuskan secepat mungkin," jelasnya lagi.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.