Tahap Kemasaman Madu

Kesan madu terhadap kepingan zink


Kajian yang dijalankan menunjukkan keasidan madu adalah dalam lingkungan 3.4 hingga 6.1 dengan nilai puratanya ialah 3.9. Tahap keasidan madu secara langsung bergantung kepada sumber bunga yang lebah berkenaan hinggapi.

Sebanyak 18-20 asid amino telah dilaporkan terdapat dalam madu. Walau bagaimanapun peratus amino asid yang terdapat dalam madu adalah amat sedikit iaitu dalam lingkungan 0.05 hingga 1.0 % sahaja. Asid amino utama ialah proline. Komponen asid utama yang terdapat dalam madu ialah asid organik iaitu dalam lingkungan 0.17 hingga 1.17 peratus.  Selain daripada itu ianya juga mengandungi pelbagai jenis asid aliphatik.  Asid aliphatiklah yang pada kebiasaannya menentukan citarasa sesuatu madu.  Contoh asid aliphatic yang dikenalpasti mempengaruhi citarasa ialah asid gluconic.

Tahap kemasaman (acidity) diukur pada skala 1 hingga 14 dan lebih dkenali dengan skala pH.  Nilai 1 bermaksud sangat asidik, 7 neutral dan 14 adalah sangat alkaline.  Kebanyakkan makanan yang diambil manusia mempunyai skala pH antara 2 hingga 7. Tahap keasidan sebegini tidak memberi masalah kepada sistem penghazaman manusia kerana purata nilai pH dalam perut manusia ialah dalam lingkungan 1.5 hingga 2.

Sebagai perbandingan, nilai pH bagi makanan utama ialah seperti berikut:
  • Lemon / asam limau : 2.2 - 2.4
  • Oren : 3.0 - 4.0
  • Madu : 3.9 (3.2 - 6.1)
  • Cheri : 3.2 - 4.0
  • Lobak merah : 4.9 - 5.3
  • Jagung 6.0 - 6.5
  • Air suling : 7.0
  • Telor : 7.6 - 8.0
Berdasarkan sifat-sifat keasidan ini, perlu diingatkan, madu hendaklah diproses dan disimpan dan bekas yang tidak bertindak balas dengan asid.  


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.