4 Faktor Yang Menentukan Kejayaan Penternakan Kelulut Di Taman-Taman Perumahan




Pada masa ini penternakan kelulut berkembang dengan begitu meluas sekali memandangkan kelulut adalah amat mesra dengan manusia kerana ianya tidak menyegat berbanding dengan lebah Apis (lebah madu).  Penternakan kelulut mudah diusaha sebagai hobi kerana pemeliharaan tidak memerlukan peralatan dan kos  yang tinggi. Peminat lebah kelulut boleh mula dengan hanya beberapa koloni sahaja dan berkembang jika bersesuaian.


Keperluan kelulut

Pada masa ini sudah ramai yang mula menternak ditaman-taman dikawasan perumahan.  Persolananya adakah kelulut susuai untuk diternak dikawasan perumahan?.  Sebelum menjawab pertanyaan ini, adalah lebih baik kita memahami apakah keperluan asas bagi lebah kelulut hidup dan membiak dengan selesa.  Antara perkara-perkara asas yang diperlukan oleh kelulut adalah seperti berikut:


1.  Mempunyai bunga yang banyak sebagai sumber makanan.  


Bunga yang disukai mesti ada sepanjang tahun sebagai sumber makanan yang berterusan. Bunga ini mungkin daripada pokok buah-buahan besar seperti rambutan, mempelam, belimbing atau juga pokok hiasan seperti ceri, acacia dan lain-lain.  Bunga rumpai dan pokok hutan juga menjadi sumber makanan untuk kelulut.

2.  Getah atau damar dari pokok untuk membuat sarangnya.  


Pokok-pokok yang ada getah dan perlu ada dikawasan persekitaran ialah seperti manggis, bacang, mempelam dan nangka dan lain-lain.  Sesetengah spesis kelulut seperti dari Genus Tetrigona (seperti T. binghami dan T. apicalis) memerlukan damar untuk membuat sarangnya.  Sehubungan dengan itu kawasan persekitaran seharusnya ada pokok yang berdamar seperti meranti, cengal dan lain pokok Diptocarps.

3.  Kawasan yang selesa.


Koloni kelulut memerlukan kawasan yang teduh dan mempunyai saliran udara yang baik untuk membiak dengan selesa.  Tahap teduhan yang diperlukan ialah melebihi 80%.  Teduhan ini boleh diberi sama ada dengan menyediakan bangsal teduhan atau teduhan dari pokok yang sedia ada.

4.  Udara bersih dan segar


Seperti juga benda hidup lain, kelulut juga tidak suka keadaan udara yang tercemar sama ada disebabkan asap kenderaan, pencemeran disebabkan kilang atau penggunaan racun serangga.


Penternakan kelulut di taman-taman perumahan

Penternakan di taman perumahan

Setelah meneliti keperluan asas untuk kelastarian kelulut seperti diatas, saya berpendapat anda sudah dapat menilai sama ada kawasan perumahan anda semua sesuai untuk diternak kelulut sama secara kecil-kecilan atau secara komersial.  Anda boleh menternak pada skala yang lebih besar jika taman perumahan ada terletak dipinggir hutan kekal seperti kawasan pokok Acacia atau pokok lain sumber makanan untuk kelulut.  Jika tidak, adalah memadai dengan beberapa koloni diternak sebagai hobi untuk keperluan madu keluarga.

Satu lagi isu yang menjadi masalah bagi penternakan kelulut dikawasan bandar ialah aktiviti fogging untuk membasmi nyamuk.  Banyak kes dimana penyemburan racun nyamuk (fogging) menyebabkan banyak koloni lari meninggalkan sarang.  Dengan pengurusan yang baik, kesan fogging terhadap kelulut walau bagaimanapun dapat diminimakan.


Maklumat berkaitan:

3 Kesan Semburan Aedes (fogging) Terhadap Kelastarian Kelulut


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.