"Amukan" Lebah Ketagih Cahaya (Harian Metro 15/01/2015)


Oleh Arifin Salleh 

am@hmetro.com.my

Melaka: Tiga sekeluarga tidak senang duduk selepas kediaman mereka di Kampung Paya Rumput, Paya Rumput di sini, diserang ribuan lebah tualang sejak beberapa hari lalu.

Lebih menggusarkan apabila lebah yang gemar dengan cahaya terang itu berlegar di ruang tamu rumah menyebabkan keluarga terbabit terpaksa menutup lampu dan berkurung di dalam bilik.

Difahamkan beberapa sarang lebah sebesar baldi itu didapati berada pada ketinggian hampir sembilan meter di atas pokok nangka yang terletak lima meter dari rumah mangsa.

Mangsa, Md Ridwan Abdul Rahman, 29, berkata, ribuan lebah tualang itu akan berlegar di sekitar rumah pada waktu malam.

“Setiap kali selepas waktu Maghrib, saya mengarahkan isteri, Nornabila Jamil, 26, dan anak lelaki berusia dua tahun berkurung dalam bilik kerana bimbang mereka cedera disengat.

“Saya akhirnya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Tengah untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Jurucakap JPAM Melaka Tengah berkata, operasi memusnahkan sarang lebah itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada keluarga terbabit, malam kelmarin.

“Empat anggota JPAM ditugaskan membuat tinjauan di sekitar rumah mangsa jam 6.30 petang bagi mengenal pasti lokasi sarang lebah itu sebelum operasi dilakukan jam 8 malam.

“Biasanya JPAM menggunakan galah panjang, namun kali ini kami memanjat pokok nangka sebelum membakar sarang itu menggunakan penyembur nyamuk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 8:42 AM

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23988#sthash.vII7eCoJ.dpuf



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.