Tebuan Menjadi Musuh Utama Lebah dan Kelulut di Kawasan Gelam dan Akasia

Rata-rata kita tahu bahawa penternakan kelulut di kawasan hutan gelam memberi pulangan lumayan. Ini memandangkan hutan gelam menghasilkan banyak bunga dan buah sepanjangan tahun tidak seperti di dusun buah. Bunga gelam juga mempunyai banyak nektar dan debunga.

Walau bagaimanapun penternak di kawasan hutan ini juga akan menghadapai beberapa masalah kerana hutan gelam yang kaya dengan sumber makanan juga menjadi rumah bagi binatang lain dan sebahagian daripadanya ialah musuh dan pemangsa kepada lebah atau kelulut.

Antara binatang boleh menjadi perosak bagi penternakan lebah dan kelulut di hutan gelam ialah tebuan (Vespa tropica) dan dari famili Vespidae.

Satu kawasan seluas 100 ekar hutan gelam biasanya akan terdapat lebih kurang 10 sarang yang bersaiz agak besar.  Sengat tebuan adalah sangat berbisa dan boleh membawa maut.  Sarang diperbuat daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dihancurkan menjadi seperti kertas.  Sarang kebanyakkannya dibuat diatas pokok.  Ada jenis tebuan yang bersarang dalam tanah.   Sengatan tebuan tanah adalah berbisa berbanding dengan jenis tebuan yang bersarang diatas pokok-pokok.

Tebuan pada log kelulut

Sarang tebuan pada pokok limau
(Sumber Gambar : gardeninsiam.wordpress.com)

Kerosakkan oleh tebuan

Tebuan pada kebiasaannya mencuri propolis corong dan di dalam jika ianya dapat memasukki haif, keseluruhan koloni musnah dengan memakan madu, propolis, lebah dewasa, dan telur-telurnya sekali. Serangan tebuan amat merbahaya kerana ianya boleh memusnahkan keseluruhan koloni dalam satu hari sahaja.


Kematian lebah dalam haif

Kaedah Kawalan

Beberapa kaeadh biasa diamalkan oleh penternak lebah dan kelulut dalam usaha untuk menghapuskan kehadiran mereka. Kaedah tersebut adalah seperti berikut.

1. Umpan

Mengumpan dengan menggunakan racun serangga dengan dicampur dengan makanan kegemaran tebuan ini seperti ikan. Kaedahnya ialah merebus satu atau dua kilogram ikan selayang (atau ikan jenis lain yang mempunyai tidak banyak tulang dan berbau hanyir yang kuat) dan dicampur dengan racun dibawah. Umpan ini hendaklah diletak dikawasan penternakan atau kawasan hutan gelam yang disyaki mempunyai koloni tebuan ini. Makanan beracun ini akan dibawa balik kesarang dan seterusnya dimakan oleh ahli koloni lain. Pada kebiasaannya seluruh koloni akan terhapus.


Racun serangga yang digunakan
bersama dengan umpan

2. Tangkap lebah pekerja

Menangkap beberapa ekor ibu tebuan dan mencemarkannya dengan racun serangga dibahagian badan dan dilepaskan semula. Ibu yang telah dicemarkan tadi akan pulang ke sarang masing dan seterusnya mencemarkan sarang-sarang meraka. Kaedah ini juga boleh menghapuskan keseluruhan koloninya. Pada kebiasaanya ahli koloni yang mati akan dimakan oleh ahli lain dan ini menyebabkan perebakan kesan racun serangga berkenaan.


3. Melastik sarang tebuan dengan menggunakan kerang. 

Tebuan ialah ialah serangga yang pembersih dan tidak akan tahan dengan bau kerang yang akan busuk didalam sarang tersebut. Pada kebiasaanya semua ahli koloni akan meninggalkan sarang dalam masa satu minggu sahaja. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak memusnahkan koloni tersebut. Sebaliknya koloni tersebut akan lari dan buat sarang dikawasan lain.

p/s: Jangan pula ada yang menternak tebuan!


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.