Perosak Kelulut : Burung berek-berek (bee eaters)

Burung berek-berek 
(Sumber : http://bit.ly/burung-berekberek)

Nama Saitifik

Merops spp

Nama Inggeris

Bee eater

Penerangan berkenaan perosak

Kumpulan burung ini pada umumnya dipanggil burung berek-berek atau bee-eaters.  Ianya terdiri dari pelbagai spesis.  Sebanyak 26 spesis burung berek-berek (bee eaters) telah dikenalpasti.  Sifat-sifat umum burung berek-berek ialah bulunya yang berwarna warni, bentuk badan yang langsing (slender) dan ekor yang panjang.   Burung ini menangkap mangsa (perbagai serangga walaupun mangsa utama sekali lebah apis) semasa terbang.  Mangsa ditangkap dengan menggunakan muncungnya yang panjang dan bergerigi.   Serangga kecil seperti lebah di makan terus semasa terbang.  Serangga terbang seperti rama-rama dibawa ke tempat hinggapannya untuk memakannya.

Kerosakkan

Sebelum ini banyak yang memperkatakan tentang burung walet sebagai pemangsa kepada kelulut.  Tapi banyak penternak burung walet dan juga penternak kelulut menyangkal pendapat sebegitu kerana mengikut mereka, mereka tidak mempunyai masalah walaupun diternak secara bersama. Pemerhatian ini ada lojiknya kerana burung walit pada kebiasaannya menangkap mangsa seperti kelkatu dikawasan terbuka dan yang terbang tinggi.  Kelulut biasanya terbang rendah dan menyelit antara pokok dan jarang sekali terbang tinggi untuk mencari makan dikawasan terbuka.

Walau bagaimanapun burung berek-berek ini telah dilapurkan telah memberi masalah kepada kelulut terutama sekali kepada spesis G. thoracica dimana ibunya lebih besar dan lebih diminati oleh burung berek ini.  Bahaya burung berek ini adalah lebih serius bagi lebah Apis.

Kaedah Untuk Mengatasi

Tiada keadah yang khusus boleh dilakukan untuk menghalang burung pemangsa ini daripada menangkap kelulut.  Antara kaedah kaedah yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah serangan burung berek-berek ini ialah dengan menempatkan koloni kelulut dibawah pokok bagi mengurangkan arah penerbangan kelulut ke kawasan terbuka.  Selain daripada itu, secara fizikal kita boleh halau sehingga ianya burung-burung merasai ianya terancam dan tidak lagi hinggap di dahan di kawasan penternakan kelulut.  Penggunaan pukat boleh menangkap burung-burung ini.

Penggunaan pukat untuk memerangkap
burung berek-berek

Rujukan



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.