Penggunaan Tatanama Lebah Kelulut Yang Betul



Terdapat sesetengah penternak faham bahawa trigona adalah nama umum untuk lebah kelulut. Hal ini tidak benar.

Stingless bee adalah istilah umum yang diguna pakai oleh penutur bahasa Inggeris. Manakala di Malaysia, orang Melayu menggunakan istilah lebah kelulut mewakili stingless bee.

Persoalan timbul apabila ada sesetengah penternak menggunakan istilah trigona mewakili lebah kelulut. Adakah hal ini benar?

Berdasarkan penamaan tatanama baharu untuk lebah kelulut, genus trigona didapati bukanlah sesuai untuk lebah kelulut Indo-Malaya.

Perlu kita ketahui penamaan nama organisma disebut sebagai tatanama atau nomenclature. Kelulut tidak terkecuali dalam sistem tatanama ini.

Penerangan oleh Dr. Claus Rasmussen dalam jurnalnya. (sumber: FB)

Perlu diketahui bahawa terdapat lebih daripada 500 spesis lebah kelulut di dunia ini.

Dalam sistem tatanama pengkelasan serangga, nama genus dan spesis adalah bahagian paling bawah sekali.

Lihat gambar rajah yang dinyatakan.

Rajah 1: Pengelasan biologi organisma hidup secara kasar (tidak termasuk sub-)
Semua spesis lebah yang menghasilkan madu, saintis kategorikan di bawah keluarga Apidae. Ini termasuklah lebah madu dan lebah kelulut.

Saintis telah mengkategorikan lebah kelulut di dalam tribe Meliponini. Tribe berada dalam kategori di antara Keluarga dan Genus (rujuk rajah 1).

Lebah kelulut berada dalam tribe Meliponini

Trigona mewakili genus. Tetapi tidak semua genus trigona itu tepat untuk lebah kelulut Malaysia. Hal ini kerana para saintis mendapati kelulut Indo-Malaya tergolong dalam genus yang berlainan.

Oleh itu, blog Kelab Lebah Kelulut menggunakan Meliponini atau lebah kelulut bagi mewakili lebah tak bersengat (stingless bee)

Seterusnya, KLK terus menggunakan nama saintifik sesuatu spesis kelulut itu agar tidak mengelirukan seperti Heterotrigona itama, Geniotrigona thoracica dan Tetragonula laeviceps. Rujuk bahagian spesis untuk maklumat lanjut.

Kesimpulannya, sebagai penternak, kita gunakan penggunaan istilah yang betul agar kelak tidak ditertawakan orang. Sama-sama kita menimba ilmu dalam menjayakan industri kelulut di Malaysia dan peringkat global.

Rujukan:

1. Pengenalan Nama Saintifik Kelulut
2. Taksonomi Lebah Kelulut Indo-Malaya


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.