Kes Kecurian Log Koloni Kelulut - Kerugian Melebihi RM32,000

Para penternak yang telah membuat laporan polis

Sebelum ini saya telah paparkan satu posting yang mengariskan kaedah yang boleh diusahakan untuk mengatasi masalah kecurian log dan koloni kelulut. Seterusnya saya juga telah memberi sedikit panduan untuk mengecam log atau koloni yang dicurigai di curi.  Penternak yang jujur tidak seharus membeli log atau koloni yang dicurigai demi keberkatan hasil usaha kerja untuk memberi makan anak dan isteri.

Tapi nampaknya panduan yang diberi tidak memberi kesan dan kes kecurian lebih adalah lebih berleluasa.  Baru-baru ini empat penternak telah membuat laporan polis berkaitan dengan kecurian tersebut yang mana nilai kecurian ialah melebihi RM30,000.00.  Jumlah kerugian boleh melebihi ratusan ribu rinngit jika semua kes kecurian oleh penternak diambil kira.  Bersama ini ialah teks media berkenaan kes kecurian tersebut.

---

TEKS MEDIA
KERUGIAN LEBIH RM30,000 GARA GARA PENCURI KELULUT (10 Dis 2014)

Nama pelapor:
1. Mohd Hisyamuddin Ghazali, Penternak Lebah Kelulut dan Setiausaha Persatuan Apitherapi Malaysia- rugi RM3200

2. Pn Wan Noriah Wan Ramli, Pemilik Taman Lebah Kelulut Min House Camp, Kubang Kerian- rugi RM16,300

3. Ustaz Mohd Lokman Mohd Salleh, Kota Jembal, Jalan Tawang, Bachok Penternak Lebah Kelulut - rugi RM8350

4. Syed Zainal Syed Mohamad, Kubang Kerian, Penternak Lebah Kelulut- rugi RM3200

Empat aporan polis dibuat serentak di Balai Polis Kubang Kerian pada jam 9.30 pagi 10 Disember 2014 selepas banyak kali kecurian berlulang di lokasi yang sama. Sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat. Kecurian koloni lebah kelulut disebabkan permintaan tinggi masyarakat untuk ternak lebah kelulut disebabkan nilai khasiat perubatannya yang baik untuk kesihatan.

Permintaan batang kayu yang ada spesis kelulut yang tinggi disebabkan ramai penternak-penternak baru yang lahir daripada program pendidikan pengguna yang dijalankan oleh My Agro Vet Trading, Min House Camp, Jabatan Pertanian Kelantan, Mardi, USM Kubang Kerian, Persatuan Apiterapi Malaysia dan Kelantan Bioteh Corp dan lain lain bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk desa.

Kecurian koloni kelulut paling banyak berlaku di 3 Daerah "Hot Spot" kecurian paling ramai penternak di Kelantan iaitu di daerah Kota Bharu iaitu di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa, daerah Tumpat dan daerah Pasir Mas. Di daerah-daerah lain juga berlaku seperti di Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli juga berlaku kecurian.

Jika dikumpulkan semua penternak yang pernah mengalami kes kecurian, sudah lebih RM100,000 nilai koloni yang telah dicuri di Kelantan. Jelas kecurian akan menjejaskan sumber rezeki penternak lebah kelulut pada masa depan dan merencatkan industri ini jika kadar kecurian masih berleluasa tanpa dikawal.

Koloni lebah kelulut yang dicuri, kebanyakannya dijual kepada pemborong atau "peraih" yang menjual koloni secara aktif di media sosial seperti Facebook, Mudah dan Blog dan menghantarnya ke luar Negeri Kelantan menyebabkan koloni yang dicuri sukar dikesan.
Kepupusan sumber biodiversiti penting seperti lebah kelulut yang banyak menjadi agen pendebungaan kepada tanaman buahan akan menyebabkan kekurangan hasil. Seterusnya akan memberi kesan kepada sektor pertanian dan ekosistem negeri Kelantan serta Negara.

Kerajaan Malaysia dan Kelantan, pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Hutan Negeri Kelantan dan Malaysia serta agensi berkaitan berkaitan perlu mengambil langkah drastik bagi mengawal kejadian ini daripada berleluasa berlaku.

Sekian,

Mohd Hisyamuddin Ghazali (0132199643)
Admin
LebahKelulut.com

---

Saya sangat menyokong usaha penternak-penternak ini untuk melaporkan kes kecurian ini agar semua sedar masalah yang yang dihadapi oleh penternak kelulut pada masa ini.  Saya memohon agar semua penternak lain juga membuat laporan polis berkenaan kes-kes keurian yang dihadapi tidak kira nilai kerugian (sikit dan banyak) agar statistik sebenar berkenaan dengan masalah ini dapat diperoleh.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.