Bengkel Perancangan Pembangunan Industri Kelulut Di Kelantan Siri 2

Belakang (dari kiri) : En. Mohd Izuddin, En. Mohd Hisyamuddin Ghazali, Dr. Zulkifi Mustafa, En. Kamarul, Tn. Syed Zainal, En. Zakaria Hassan, En. Musa Yaacob, En. Zamakhshari Muhamad & En. Nasir.
Depan (dari kiri) : En. Abu Hassan Jalil, Pn. Rosmaliza, Dr. Wahizatul, Dr. Wan Iryani W. Hassan, Dr. Mahaneem, Pn. Wan Noriah, Cik Fara, Pn. Zairos Fadiela
(Catatan : Dr. Kumara Thevan & En. Fakhru Annuar - Tiada dalam gambar)

Kota Bharu 14 Disember 2014.  Hari ini satu bengkel perancangan pembangunan industri kelulut di Kelantan telah berjaya diadakan di salah satu hotel di Kota Bharu Kelantan. Bengkel ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.  Perancangan yang telah gariskan dalam bengkel pertama yang telah diadakan pada bulan Mei lepas telah memperincikan.  Mereka yang dijemput untuk menghadiri bengkel ini ialah penyelidik dari universiti, pegawai agensi kerajaan, usahawan produk berasaskan kelulut dan penternak.

Perkara-perkara yang diberi tumpuan pada bengkel tersebut ialah ;

1.  Taksonomi, pengecaman spesis dan lingkah laku kelulut

2.  Isu-isu yang berkaitan dengan penternakan listari lebah kelulut dan ini termasuk penyediaan SOP bagi penternakan dan penuaian hasilan haif bagi menghasilkan madu yang mempunyai nilai perubatan.

2.  Mengumpul pangkalan yang lengkap berkaitan dengan industri kelulut.  Ini termasuk pangkalan data penternak, pembekal koloni dan log kelulut, pengusaha yang menghasilkan produk berasaskan kelulut dan tenaga pakar yang boleh membantu dalam pembangunan lebah kelulut.

3.  Penubuhan satu ladang contoh penternakan kelulut di bawah kelolaan Kelantan Biotech Corp. Sdn. Bhd.

4.  Penubuhan Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Kelantan


Sesi perbincangan

En. Zamakhshari Muhamad, Pengurus Besar Kelantan 
Biotech Corp. Sdn. Bhd. menyampaikan rumusan bengkel

Dengan adanya perancangan yang teliti seperti ini, adalah diharapkan penternakan kelulut di Kelantan akan terus maju sebagai satu industri yang berdaya maju.  InsaAllah





EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.