Tingkah Laku Kelulut : 3 Kaedah Kelulut Pandu Arah Ke Lokasi Makanan


Mengumpul makanan untuk koloni adalah tanggung jawab pekerja.  Lebah pekerja ini akan keluar daripada sarang awal pagi.  Aktiviti pengumpulan sumber makanan (nektar & pollen) dan juga damar dan resin dijalankan sehingga lewat petang.  Kajian yang dijalankan terhadap menunjukkan seekor lebah pekerja boleh menghinggapi 50-1000 bunga bagi setiap trip yang mana boleh mengambil masa 30-60 minit setiap trip. Jumlah trip setiap hari adalah sebanyak 7 hingga 15 bergantung kepada jarak sumber makanan dengan sarang.  Bagi setiap trip, lebah pekerja akan pulang ke sarang penuh dengan debunga & nektar dan menyimpan didalam kantung-kantung (madu dan debunga) berdekatan dengan kokun anak. 

Persoalannya bagaimanakah lebah perkerja memandukan ke lokasi makanan dan berkomunikasi dengan kawan sekerja lain kearah lokasi makanan tersebut.   Tiga kaedah telah digunakan oleh lebah kelulut untuk berkomunikasi antara satu sama lain bagi pandu arah ke sumber makanan. Kaedah ini adalah berbeza mengikut spesis. Kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1.  Pertamai alah dengan menghantar lebah pencari (scout bee) dan lebah pencari ini akan pulang kesarang dan mengeluarkan bunyi sebagai pentunjuk kepada semua pekerja. Pekerja-pekerja kemudian keluar secara rambang keluar untuk mencari sumber makanan tersebut. 

2.  Kaedah kedua ialah ialah lebah pencari yang telah menemui sumber makanan akan pulang ke sarang dengan meninggalkan petanda bau-bauhan dibatu atau pokok diperjalanan dari tempat sumber makanan kesarang. Kelulut pencari ini kemudian memaklum kepada pekerja lain dan seterusnya pandu arah ke tempat berkenaan. 

3.  Kaedah ketiga ialah sama dengan kaedah kedua melainkan kaedah ini menggunakan pheromones untuk menjejak arah laluan ke sumber makanan berkenaan. Pheromones ini dikeluarkan semasa penerbangan pulang dari sumber makanan ke sarang. 




EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.