5 Risiko Penggunaan Cup Madu Kelulut Plastik

Risiko Penggunaan Cup Madu Kelulut

Terdapat beberapa persoalan dalam menternak lebah kelulut. Antaranya adalah cara bagi kelulut menghasilkan madu dengan cepat.

Terdapat sesetengah pengusaha mengamalkan dengan menggunakan cawan atau cup sebagai meniru tempayan yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Cup plastik ini dikatakan berfungsi mengurangkan kerja kelulut untuk membuat tempayan madu. Kita sudah memudahkan kerja kelulut untuk hanya mengisi madu.

Walaupun begitu, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penternak yang telah mengamalkan penggunaan cup ini terdapat beberapa masalah yang muncul:

Risiko Penggunaan Cup Madu Kelulut1. Kelulut tidak buat madu di dalam cup

Jika terdapat ruang lebih di dalam kotak topping, kelulut akan membuat kantungnya sendiri berbanding mengisi di dalam cup.

Penternak pula cuba mengumpan kelulut mengumpul madu di dalam cup dengan meletakkan umpan pada beberapa cup kosong. Umpan tersebut adalah madu lebah Apis. Mereka mendapati kelulut akan menutup cup yang dipenuhi madu lebah Apis.

Malangnya kelulut jarang sekali akan membuat pada cup kosong yang lain.

2. Plastik tidak mesra alam

Kandungan cup plastik tidak diketahui sama ada mesra madu atau tidak. Madu bersifat asidik. Madu boleh menghakis plastik yang ada. Oleh sebab itu madu tidak boleh disimpan di dalam botol plastik.

Jika disimpan di dalam botol plastik, botol plastik yang telah digunakan itu tidak boleh disimpan madu lagi.

Cara mudah untuk mengenalpasti cup itu food degradable adalah dengan membakarnya. Jika apabila terbakar ia mengeluarkan jelaga hitam, cup itu tidak mesra food degradable. Sangat bahaya kerana kandungan kimianya boleh larut dalam madu!

3. Tidak meningkatkan produktiviti

Didapati kelulut tetap tidak meletakkan madu di dalam cup tanpa ada unsur umpan dengan madu lebah.

4. Campuran madu dan roti lebah

Kelulut keliru di mana hendak meletakkan roti lebah dan madu. Ada pemerhatian penternak mendapati kelulut mencampurkan roti lebah dengan madu di dalam satu cup.

5. Tiada penghasilan propolis

Antara produk lebah kelulut yang mendatangkan hasil lumayan adalah propolis. Apabila cup digunakan, lebah kelulut tiada ruang untuk menghasilkan propolis. Apatah lagi kantung madu kelulut diperbuat daripada propolis sepenuhnya.

Oleh itu, kami di Kelab Lebah Kelulut menolak penggunaan cup tiruan dalam penternakan lebah kelulut. Biarlah kelulut membuat sendiri tempayan madu dan tempayan roti lebahnya.

Penternak mempercapatkan proses pengumpulan madu oleh lebah kelulut dengan menanam lebih banyak pokok bunga berbanding menipu kelulut dengan cup tiruan.



Rujukan:

  1. Anim Roslan - Cup Madu Kelulut
  2. Bahaya Guna Kantung Tiruan - FB Grup

1 komen so far

Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ni. Saya baru je belajar nak ternak kelulut sebagai hobi di rumah.

Saya beli 2 sarang lepas pergi kursus di Kuala Kangsar. Tak taupun syarikat tu menipu!

Akan saya buang semua cup plastik ni dan amalkan natural.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.