Pam Madu Kelulut Manual Berskala Kecil dan Sederhana

Pam madu kelulut ini adalah jenis manual. Ia berbeza dengan pam sedut skala kecil dan besar yang menggunakan bateri.

Pam ini boleh dibuat sendiri dengan mudah. Kadar sedutan pam ini lebih kuat berbanding pam picagari.

Pam ini dilengkap dengan aksesori seperti
bag pinggang, pisau madu & alat anti sumbat

Pam yang telah dipak untuk penghantaran

Penerangan Pam


Pada 'Seminar Masa Industri Kelulut' yang telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk menilai satu lagi pam sedut madu kelulut bagi penternak berskala sederhana / kecil yang mempunyai kurang daripada 100 koloni.

Pam ini dihasilkan melalui pengubahsuaian alat pembekam manual. Pam ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pam, tangki pengumpul madu dan tiub plastik penyedut madu.

Seperti juga pam-pam sedut madu jenis lain, alat ini direka dengan tujuan untuk memudahkan penuaian madu kelulut dengan tidak menggangu keharmonian koloni dalam topping atau kotak haif serta untuk mendapatkan tuaian madu yang bersih.

Ciri-ciri utama pam ini

1.  Pam ini tahan lasak kerana tiada komponen yang rapuh atau mudah rosak

2.  Fleksibel dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

3. Tidak memerlukan bateri kerana pam ini manual.

3.  Kaedah penggunaan amat mudah dengan boleh dikendalikan seorang pekerja sahaja.

4.  Kuasa sedutan yang kuat dan tidak merosakkan tempayan madu.

Komponen utama pam sedut

Bagi sesiapa yang suka membuat sendiri, ini adalah bahan-bahan yang perlu bagi mencipta alat pam sedut madu kelulut ini.

1. Set bekam (beli di pasaraya AEON/EconSave)
2. Balang 1L
3. Tiub bersaiz 5-10 mm (beli di kedai akuarium)
4. Pisau kecil
5. Gam gajah
6. Beg sandang

Pembelian

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk membuatnya, boleh beli daripada penjual alatan ini.

Harga jualan: RM120.00  lengkap dengan aksesori berkaitan

Nota: Sesiapa yang berminat dengan pam ini boleh hubungi En. Izzi (014-5456676 atau 018-9545320)


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.