Peranan Lebah Kelulut Dalam Pendebungaan Tanaman

Poster kempen selamatkan lebah


Berbanding dengan binatang lain, lebah termasuk lebah kelulut memainkan peranan yang terpenting dalam pendebungaan tanaman tropika. Keberkesanan lebah kelulut bagi pendebungaan tanaman adalah disebab jumlahnya sangat banyak dan kelakuannya yang mana memerlukan bunga sebagai sumber makanan. Disamping itu, kelakuan lebah itu sendiri yang hanya menghinggapi satu spesis pada satu masa juga menyebabkan perdebunggan terlaksana dengan efektif.

Getaran yang dihasilkan daripada penerbangan lebah juga dapat memudahkan perpindahan debunga ke badan lebah. Badan lebah kelulut yang berbulu dan mempunyai struktur tertentu boleh membantu untuk mengumpul debunga dan dipindah ke bunga lain. Perpindahan ini berlaku kerana dalam penerbangan dari satu bunga ke satu bunga, lebah akan menyikap bagi tujuan untuk dikumpul dalam bakul debunga (pollen basket). Pada masa ini banyak debunga yang akan jatuh ke stamen dibunga lain. 

Lebah kelulut pada tanaman durian

Bagi debunga yang sangat kering, nektar yang dikumpul dimuntah ballik dan dicampur dengan debunga agar dapat dikumpul di bakul debunga dengan efektif. Ini menyebabkan debunga yang dikumpul oleh lebah adalah sedikit manis walau pun pada asalnya berasa lemak.

Nilai eknonomi sumbangan lebah dalam pendebungaan mangga, belimbing, durian, limau, tembikai dan melon sahaja telah dianggarkan lebih RM500 juta setahun.  

Antara tanaman yang dihinggapi oleh kelulut



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.