Pemindahan Log Lebah Kelulut Jarak Jauh - 7 Perkara Yang Harus di Beri Perhatian

Log yang ditutup dengan plastik (termasuk corong) semasa
pengendalian



Biasanya log tersebut diletak berbaring (bukan berdiri
mengikut orientasi sebenar pada habitat asal)

Aktiviti penternakan lebah kelulut pada masa ini didapati berkembang dengan pesat sekali.  Pada anggaran saya mereka yang telah terlibat dengan penternakan kelulut telah mencecah ratusan dan hampir ribuan jika mereka yang menternak sebagai secara kecil-kecilan sebagai hobi dikira bersama.

Memandangkan permintaan log yang begitu tinggi, kita dapati lebih ramai pemburu log kelulut telah melibatkan diri dalam aktiviti ari mencari untuk diternak.  Sebahagiannya terpaksa mencari log koloni tersebut jauh di perdalaman dan kadangkala memerlukan perjalanan yang agak jauh.  Pada kebiasaanya log koloni yang cari oleh pemburu koloni akan ditempatkan di kawasan sementara untuk aktiviti pemulihan, pengredan dan penentuan spesis sebelum dihantar kepada penternak yang memerlukan.

Perjalanan untuk menghantar ke ladang ternakan kadang kala memerlukan masa yang agak panjang kadang kala melebihi 10 jam.  Untuk perjalanan sebegini, pengendali log harus memberi perhatian kepada beberapa perkara seperti berikut:

1.  Pastikan log yang ingin dihantar untuk perjalanan yang jauh seperti ini dipulih sepenuhnya.  Pilih hanya koloni log yang aktif dan mempunyai pekerja yang banyak.

2.  Pastikan semua lobang yang terbentuk hasil daripada keratan dari hutan ditutup rapat untuk mengelakkan daripada diserang perosak dan pengacau koloni.

3.  Perjalanan hendaklah dibuat pada waktu malam.  Perjalanan pada waktu malam boleh mengurangkan kesan kepanasan haba cahaya matahari.  Perjalanan waktu malam ada lebih sejuk dan tidak memberi tekanan (stress) kepada koloni.

4.  Sebelum memulakan perjalanan, corong hendaklah ditutup rapat agar tidak terjatuh.  Ini boleh dijalankan dengan menutup corong corong dengan daun atau kertas diikuti dengan balutan lapisan plastik dikawasan corong berkenaan.  Pemerhatian yang dibuat oleh penternak menunjukkan penutupan corong tidak akan memberi masalah walaupun melebihi 12 jam corong tertutup rapat.

5.  Sebaiknya log diatur menegak seperti orientasi dihutan bagi mengelakkan tumbuhan madu yang kadangkala boleh menyebabkan koloni lemas.  Madu yang tumpah juga boleh mengundang serangga pengacau seperti semut, lipas dan serangga lain.

6.  Elakkan gegaran yang berlebihan semasa dalam perjalanan agar ianya tidak menjejaskan struktur broodcell dan rangkaian propolis yang memegangnya.

7.  Apabila sampai ke destinasi, pasti log koloni ditempat yang bersesuaian iaitu ditempat teduh, bebas daripada musuh perosak seperti semut, anai-anai, cicak, katak dan perosak-peroask lain.  Tutup bahagian atas dengan penutup yang bersesuaian agar tidak menyebabkan kepanasan yang berlebihan atau dimasukki air hujan.

Pemerhatian yang dibuat oleh penternak menunjukkan dengan pengendalian log yang baik, koloni dalam masih kekal aktif walaupun corong log ditutup buat 2-3 hari.  Ini bermakna koloni kelulut berupaya menguruskan sistem pernafasan, perkumuhan dan pengurusan sumber makanan walaupun corong ditutup rapat dan tiada pergerakan keluar masuk pekerja pada masa tersebut.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.