Kes Koloni Kelulut Mati: Laporan Forensik Kematian Lebah


Kelulut pekerja termasuk mati termasuk lebah ratu
bergelimpangan di dalam kotak


Selepas beberapa hari pekerja mati, propolis 
mula dijangkiti kulat & kabur

Fakta Kejadian (Laporan Penternak)

Ini ialah koloni H. itama yang diperoleh dari batang kayu dan dipindah ke dalam kotak 4 minggu lalu (pertengahan Oktober 2014).  Pemerhatian terhadap koloni ini dibuat secara berkala dan pada pemerhatian terakhir pada minggu lepas (pertengahan November 2014) sebahagian besar lebah pekerja didapati mati bergelimpangan didalam sarang termasuk ratu.  Tiada apa-apa kesan terhadap struktur propolis dan juga broodcell.   Keadaan persekitaran kawasan penternakan adalah agak lembab.  Haif tidak diletak ditempat teduh dan sentiasa dibasahi air hujan kerana hujan yang tidak berhenti sehari dua lepas.  Saiz kotak ialah dalam lingkungan 10"x 10" x 9" dan diperbuat daripada papan lapis.  Tebal papan lapis ialah 12 mm dan dilaporkan jenis kalis air.

Punca Kematian (Laporan Forensik Kelulut)

Dari fakta diatas, kesimpulan yang telah dibuat oleh sifu dalam penternakan kelulut, penyebab utama kematian kelulut seperti dalam gambar diatas ialah keracunan bahan kimia yang telah digunakan untuk merawat papan lapis yang digunakan untuk membuat kotak.  Papan selalunya diperbuat daripada kayu jenis lembut dan dirawat dengan racun serangga agar ianya tidak mudah diserang oleh serangga perosak kayu seperti bubuk, anai-anai dan serangga lain.  Gam yang digunkan untuk membuat juga boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap kelulut.  Dalam keadaan hujan dan kotak sentiasa basah, bahan kimia yang ada pada papan lapis akan larut dan mengalir kedalam log.  Racun kimia yang larut dan mencemarkan haif ini adalah punca utama kematian kelulut-kelulut tersebut.

Tindakan segera yang penternak kena buat ialah memindahkan kesemua broodcell ke kotak koloni lain (dari spesis sama) yang lemah. Sepatutnya bahan tercemar diatas kerana setiap sel telur ditutup kemas dan kalis air.

Pengajaran Kepada Semua Penternak

Jangan sekali menggunakan papan lapis (plywood) atau papan yang telah dirawat dengan racun kimia untuk membuat kotak haif broodcells atau pun topping.  Walaupun kadangkala kehadiran racun perawat kayu ini tidak memberi yang serta merta seperti dalam kes diatas, kehidupan kelulut dalam kotak sedemikian akan menjadi sengsara dan hasilannya koloni tersebut makin sehari semakin lemah.

Jika ingin membuat kotak haif broodcell atau topping, bersama ini saya sertakan beberapa link sebagai panduan untuk memilih kayu, penentuan saiz dan cara untuk membuatnya.

1.   Haif - Pemilihan Kayu Untuk Haif dan Topping
2.   Haif - Saiz dan Rekabentuk Kotak Broodcell
3.   Haif - Saiz dan Rekabentuk Kotak Topping
4.   Cara-membuat-bumbung-kotak-haif


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.