Madu kristal - Adakah ianya petanda madu tiruan?

Madu asli yang telah disimpan didalam peti sejuk
(kritsal terbentuk dibahagian bawah botol)

Madu Asli atau Madu Tiruan

Kajian yang dijalankan menunjukkan sebanyak 75% daripada madu yang ada dipasaran pada masa ini adalah madu tiruan atau madu campuran. Madu tiruan (madu sintetik) dihasilkan daripada sirap berfruktos tinggi melalui tindak balas asid pekat ke atas sirap fruktosa. Madu campuran pula dihasilkan melalui campuran madu lebah (atau madu kelulut) dengan sirap sukrosa.

Sejak akhir ini pengguna telah mula sedar tentang bahaya madu tiruan atau madu campuran.
Sehubungan dengan itu, banyak usaha telah dibuat dalam mencari kaedah yang sesuai untuk mengecam  madu tiruan.  Ada yang mengatakan pembentukan kristal apabila disimpan di dalam tempat sejuk adalah petanda bahawa madu tersebut adalah madu tiruan atau madu campuran dan sebaliknya kristal tidak akan terbentuk jika ianya madu asli.  Anggapan ini pada asasnya adalah salah. Walaupun pada umumnya pembentukan kristal ini berlaku bagi madu tiruan, sukacita diingatkan ianya juga berlaku pada madu asli.

Mengapa Kristal Madu Terbentuk?

Mengikut seorang professor yang banyak membuat kajian berkenaan dengan madu di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian, madu asli juga sering juga terbentuk kristal apabila disimpan ditempat sejuk.  Kristal tersebut sebenarnya ialah hablur gula iaitu glukos. Pembentukan kristal ini akan lebih mudah terjadi jika nisbah kandungan glukos:fruktos tinggi, persekitaran dingin, kurang kandungan air dan kehadiran benda asing dalam bentuk pepejal yang meransang proses pengkristalan.

Pembentukan kristal ini berlaku pada semua jenis madu iaitu madu tualang, madu millifera akasia dan juga madu kelulut.

Madu yang terbentuk kristal setelah digoncang

Bagaimana Cara Untuk Menghancur Kristal Yang Terbentuk

Kristal yang terbentuk boleh dicairkan dengan memanaskan madu dengan menggunakan kaedah pemanas dua lapis (double boiler) pada suhu tidak melebihi 40oC.  Walau bagaimanapun tidak semua kristal yang terbentuk dapat dihancurkan dengan sepenuhnya  jika kristal yg terbentuk sudah terlampau banyak.  Apa yang pengguna boleh buat ialah biarkan madu tersebut dalam bentuk kristal dan kacau sebelum mengambilnya.  Pengguna juga boleh jadikan madu tersebut sebagai madu kristal 100% dengan mengacau pada suhu rendah.  Untuk makluman, madu kristal ialah salah satu bentuk madu yang dipasarkan dinegara-negara sejuk.

Apakah Faktor Yang Menyebabkan Pembentukan Kristal

Seperti yang dibincangkan diatas, faktor yang boleh menyebabkan pembentukan kristal ialah suhu persekitaran yang rendah, kehadiran benda pepejal lain dalam madu, kandungan air yang rendah dan nisbah glukos:fruktus.   Nisbah glukos:fruktos dalam madu banyak dipengaruhi jenis bunga yang dihinggapi oleh lebah.  Setengah bunga boleh menghasilkan yang rendah dan sebaliknya tinggi bagi jenis yang lain.

Sumber rujukan : 

Perbincangan berkenaan dengan madu di WhatsApp Kelulut Malaysia



1 komen so far

Bagaimana untuk membuat sabun kelulut


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.