Kotak Haif & Topping - Penyediaan & Rawatan

Penyediaan kotak

Pastikan kayu yang akan digunakan untuk membuat kotak BETUL2 KERING bagi mengelakkan pembentukan kulat. Penggunaan kayu yang tidak kering boleh juga menyebabkan pembentukan lubang2 ditempat penyambangunan apabila kotak menjadi kering. Kotak hendaklah dibuat dengan kemas (tanpa lubang dikawasan penyambungan). Kalau ada kemudahan, buat "selisih" apabila dua keping kayu ingin disambung.  Kayu yang digunakan sebaiknya kayu dari kumpulan Diptocarps kerana kayu jenis ini tahan lama dan berupaya mengawal suhu didalam haif dengan baik.


Haif dan bumbung yang telah dirawat dengan cat
untuk tahan lama & menutup lubang kecil

Rawatan Kotak

Bahagian luar kotak boleh dicatkan dengan menggunakan cat yang digunakan untuk merawat bumbung bocor. Cat ini berasaskan air tiada bahan pelarut kimia. Pastikan cat betul betul-betul kering sebelum kotak2 tersebut digunakan. Larutan propolis pula boleh digunakan untuk rawatan kotak dibahagian dalam. Kedua-dua bahan ini boleh juga membantu menutupkan lubang kecil jika ada. Penggunaan bahan semula jadi dari sarang seperti larutan propolis juga boleh membantu memberi kelisaan kepada kelulut dan akan koloni berkenaan menyesuaikan diri.

Penutup Kotak

Penutup kotak dibuat untuk mengurangkan kesan bahan panas matahari jika koloni berkenaan terletak dikawasan yang terdedah dengan pancaran matahari / hujan. Bahan yang boleh digunakan ialah kayu papan, papan lapis atau kepingan aluminium (elakkan menggunakan zink). Papan / plywood penutup boleh dirawat dengan cat yang berasaskan air yang digunakan untuk rawatan simen/atap bocor.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.