Spesis Lebah Apis - Apis dorsata


Lebah pekerja
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Penyebaran A. dorsata
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Lebah pekerja mengumpul nektar / pollen
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Lebah pekerja mengumpul nektar / pollen
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Sarang
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Tangga dibuat dengan menggunakan paku

Ketinggian pokok kadangkala melebihi 30 kaki

Pemburu yang ditugaskan untuk memanjat
semesti yang mempunyai yang tinggi

Kom madu yang di tuai

Penerangan Koloni

Lebah jenis ini hidup liar dan banyak terdapat di dalam hutan walaupun kadangkala terdapat di kawasan perkampungan. Tabiat lebah jenis ini ialah suka berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Sarangnya dibuat secara terbuka didahan pokok yang tinggi seperti pokok tualang, sepetir, simpoh atau bangunan yang tinggi. Sarang dibuat ditempat tinggi dengan tujuan untuk mengelakkan binatang seperti beruang, monyet dan binatang-binatang lain mencuri madunya.

Saiz tubuh lebah pekerja adalah dalam lingkungan 1.5 cm panjang dan hampir dua kali ganda lebih besar dari A. cerana. Bilangan individu setiap koloni adalah dalam lingkungan 50,000 hingga 70,000. Lebah jenis ini adalah amat garang dan mudah menyegat.

Lebah jenis inilah yang dicari oleh pemburu madu kerana ia menghasilkan madu yang banyak kira-kira 40kg - 50kg bagi setiap koloni. Setiap pokok tualang biasanya menempati sehingga 10 koloni. Madu lebah ini juga sangat disukai oleh pengguna ianya dipercayai lebih berkhasiat berbanding dengan madu yang dihasilkan oleh lebah yang lain.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.