Spesis Lebah Apis - Apis cerana

Lebah pekerja
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Lebah pekerja pengumpulan nektar
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Lebah pekerja / pengumpulan nektar
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

 Penyebaran A. cerana
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Lebah pekerja
Sumber Gambar : en.wikipedia.org (link)

Penerangan Koloni

Apis cerana ialah sejenis lebah liar yang banyak terdapat dinegara kita dan negara Asia Tenggara lain.  Lebah jenis ini kurang garang dan dengan itu ianya lebih mudah untuk diternak.  Seperti juga A. mellifera, kom berbentuk berlapis dengan 8 hingga 10 keping atau lebih.   Kebanyakkan lebih jenis ini membina sarang pada ketinggian 15 m tinggi dari permukaan tanah.  

Sarang lebah jenis banyak terjumpa dibumbung rumah, di dalam reban ayam, kebuk padi, tempat salai kelapa, dalam almari atau dinding berlapis.  Lebah ini suka membuat sarang ditempat yang gelap dan menetap disatu kawasan pada jangka masa yang agak lama jika tidak diganggu.  Bilangan individu di dalam satu sarang ialah di antara 2,000 hingga 20,000.

Pada kebiasaannya, A. cerana yang dipelihara (domesticated) mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan haif (absconded/swarming) adalah tinggi berbanding A. mellifera. Naluri liar (feral) masih tebal. Namun, A. cerana juga ada kemungkinan akan kembali ke haif yang ditinggalkan beberapa kali (mungkin koloni sama atau koloni lain). A. mellifera yang dipelihara pada keadaan yang ideal jarang meninggalkan sarang.  Itu adalah sebabnya kenapa A. mellifera menjadi pilihan untuk diperlihara selain penghasilan madu yang lebih banyak.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.