Kandungan Propolis Lebah Kelulut


Kandungan Propolis Lebah Kelulut
Propolis dari kelulut G. thoracica berwarna hitam


Propolis dari kelulut H. itama berwarna coklat

Apa itu propolis

Propolis ialah campuran lilin lebah dan resins yang dikumpul dari bunga dan tunas muda oleh kelulut. Pemerhatian dibuat menunjukkan lebah kelulut selalu ditemui mengikis resin pelindung pada bunga dan pucuk muda dengan menggunakan rahang bawah (mandible) dan membawa balik ke sarang. Resin dicampur dengan enzim dalam mulutnya untuk menghasilkan propolis. Propolis ini digunakan untuk membuat sarang seperti involcorum yang melindungi kokun telor, kantung madu, kantung roti lebah dan struktur yang dibuat untuk menghubung antara struktur yang ada diadalam sarang itu dan corong. Propolis juga digunakan untuk menutup lubang atau rekahan yang ada pada haif agar seranggan pengacau seperti semut dan lain-lain tidak dapat memasukki haif. Seperti juga madu, propolis juga mempunyai sifat anti bakteria dan antikulat. Sehubungan dengan itu ianya digunakan dengan berkesan untuk melindungi koloni dari serangan penyakit dari bakteria dan kulat.

Kandungan

Kandungan propolis dan adalah bergantung kepada spesis dan tanaman yang dihinggapi oleh kelulut berkenaan. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan warna propolis dan kandungannya adalah berubah mengikut musim dan sumber makanan yang ada. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai perubatan juga akan berubah mengikut musim. Sifat-sifat propolis bagi dua spesis utama iaitu G. thoracica dan H. itama adalah sangat berbeza. Propolis spesis G. thoracica adalah lebih gelap warnanya, lebih liat berbanding dengan propolis H. itama.  

Buat masa ini tidak banyak kajian yang dijalan terhadap propolis lebah kelulut.  Kandungan utama propolis yang diperoleh dari lebah Apis adalah seperti berikut:

1.  Lilin/asid lemak (25-35%) - kebanyakkannya dari dari lilin lebah (dan sumber tanaman)

2.  Resin (45-55%) - terdiri dari kumpulan flavonoids, asid fenolic dan esters (Resin ialah sebatian fenolic yang mempunyai sifat antioxidant yang tinggi).

3.  Minyak pati dan aromatik (10%) - mudah meruap (volatiles)

4.  Pollen (5%).

5.  Bahan organik dan mineral lain (5%)


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.