Kandungan Nutrien Khasiat Madu




Kandungan Nutrien Khasiat Madu
Sumber : http://www.fao.org/docrep/w0076e/w0076e04.htm

Kandungan Utama Madu

1.  Gula - gula merupakan hampir 95-99% daripada berat kering madu.  Kebanyakkannya ialah gula mudah (simple sugar) fruktus dan glukus (85-95% daripada jumlah gula keseluruhannya.  Kandungan fruktus merupakan penentu kualiti madu yang dihasilkan. Jenis gula yang terdapat pada kuantiti yang rendah ialah sukros, maltose & isomaltose (disaccarides) dan gula jenis trisaccarides atau olisaccharides.  Kehadiran jenis gula boleh digunakan untuk menentukan keaslian madu berkenaan dan sumber bunga yang dihinggapi oleh lebah.

2. Air - Air ialah komponen kedua terbanyak. Kandungannya amat penting kerana ia akan menentukan keupayaan sesuatu kumpulan untuk pada jangka masa yang lama.  Kajian yang dijalankan menunjukkan madu yang mempunyai kandungan air  <18% sahaja boleh disimpan dengan baik.  Kandungan air dalam adalah bergantung kepada beberapa faktor dan ini termasuk suhu dan kelembapan dalam hive dan juga kandungan air dalam nektar itu sendiri.

3. Asid organik - Asid organik terhasil daripada proses pencernaan gula oleh enzim yang tertentu.  Asid ini akan rasa menyebabkan madu rasa sedikit masam dan mempengaruhi citarasa tertentu.   Tahap kemasaman ada lebih jelas bagi kelulut berbandingan madu Apis kerana kandungan airnya lebih tinggi.

4.  Bahan-bahan lain ynag ada dalam madu ialah mineral seperti potassium.

5.  Bahan sureh lain ialah kompaun bernitrogen (nitrogenous compounds) yang terhasil dari daripada enzim dari badan lebah.  Kehadiran bahan ini tiada hubungan dengan nutrisi tubuh manusia.  Tapi ianya penting dalam penialaian tahap kualiti terutama bagi menentukan madu tiruan atau campuran. Enzim utama yang terdapat dalam madu ialah invertase (saccharase) diastase (amylase) dan glucose oxidase. Bahan-bahan lain ialah vitamin dan asid amino

Penilaian Kualiti Madu

Pada asasnya, hydroxvmethylfurfural (HMF) adalah tidak terdapat dalam madu yang dihasilkan. Kompaun ini terbentuk hasil daripada penguraian fruktos semasa proses penyimpanan atau pemanasan. Kehadiran kompaun ini adalah faktor utama dalam penilaian kualiti madu.

Kandungan Nutrien Khasiat Madu
   Perbandingan Standard Madu Kelulut Dengan Madu Lebah (Maksimum)
   Sumber : Nota kursus Penternakan Kelulut MARDI 2014

Kandungan utama yang digunakan untuk menilai kualiti madu ialah

1.  Kandungan air
2.  Gula penurun (reducing sugar)
3.  Sukros
4.  Abu (ash)
5.  HMF (5-hdrosimetil-2-furaldehid) dan
6.  Aktiviti diktase.

Catatan:

Berbanding dengan madu biasa, madu kelulut adalah lebih masam, gula penurun dan aktiviti diatase yang rendah. Madu lebah kelulut pada kebiasaannya cair dengan kandungan air dalam lingkungan 25-30 % berbanding dengan madu lebah dengan kandungan air dalam lingkungan 15-20% sahaja.

Rujukan:

Krell, R. (1966). Value Added Products From Beekeeping. FAO AGRICULTURAL SERVICES BULLETIN No. 124. Food and Agriculture Organization of the United Nations Rome 1996


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.