Inovasi Keselamatan Koloni : Meliponiculture Integrated Locking System (MILOS)

Haif diletak diatas struktur besi berkunci


Kotak boleh dibuka hanya dengan membuka
besi penghalang


Struktur tiang besi ini lebih mudah untuk dari
gangguan semut dan pemangsa lain seperti cicak dll

Sebelum ini saya telah membincang beberapa kaedah keselamatan yang penternak patut amalkan bagi menjamin keselamatan log daripada dicuri orang.  Antaranya ialah dengan membuat tanda rahsia agar dapat dikesan semula, membuat kawalan ladang yang efektif dan seterusnya menanam log batang pada konkrit (Link).  Kaedah-kaedah tersebut sedikit sebanyak telah membantu mengatasi masalah tersebut.

Disini saya paparkan satu lagi inovasi yang dihasilkan oleh penternak dalam usaha untuk mengatasi masalah diatas. Inovasi sistem keselamatan ini telah dihasilkan oleh Honey Gold Stingless Bees yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan.  Sistem keselamatan ini telah di beri nama MILOS (Meliponiculture Intergrated Locking System) dibangunkan sebagai nilai tambah kepada inovasi "Mustafa Hive" yang telah dibangunkan sebelum ini.  Bersama ini ialah keterangan ringkas inovasi ini hasil daripada pertemuan saya dengan perekanya baru-baru ini.

Penerangan Inovasi

Sistem ini dibangunkan sebagai pelengkap kepada Mustafa Hive yang telah dipromosi oleh syarikat berkenaan.  Dalam sistem, ini Mustafa Hive diatur diatas distruktur berpalang yang berbentuk modular. Jumlah haif yang boleh diatur adalah bergantung kepada panjangnya besi struktur tadi.  Ketinggian tapak struktur boleh berpalang ini boleh diubah suai mengikut keperluan.  Sebagai contoh struktur ini boleh ditinggikan bagi kawasan yang terdedah dengan banjir.  Penutup topping dan pergerakan haif adalah berkunci bagi mengelakkan kecurian madu atau kotak haif keseluruhan.

Keistimewaan Sistem MILOS

1.  Bagi mengelakkan kecurian madu atau atau haif.  Kotak topping untuk tuaian madu adalah berkunci dan tidak dapat dibuka tanpa anak kunci.  Jika pencuri cuba mengalihkan haif tersebut dengan secara paksa, kotak tersebut akan terurai (pecah) secara berasingan.  Ini bermakna kotak tersebut tidak boleh diambil untuk tujuan menjual kepada penternak lain.  Bagi pemilik, jika ada percubaan untuk mencuri, haif yang rosak amat mudah untuk dibaiki semula dengan gangguan kepada koloni yang minima

2.  Tiang besi yang kecil dan lurus akan memudahkan untuk dirawat atau memasangkan peralatan tertentu bagi menghalang serangga pengacau seperti semut, anai dan pemangsa kelulut seperti cicak, katak dan mengkarung.

3.  Ketinggian boleh diubahsuai bagi menyesuaikan dengan kawasan yang biasa diserang banjir pada musim hujan

4.  Boleh diaplikasi bagi sistem penternakan pawah.   Disini pemilik koloni akan meletakkan koloni mereka dikawasan / ladang milik orang lain yang mempunyai persekitaran yang sesuai dan sumber makanan yang banyak.   Pemilik ladang akan mengawasi keselamatan secara umum.  Aktiviti tuai madu hanya boleh dibuat oleh pemilik koloni. Pembahagian hasil adalah bergantung persetujuan bersama.

5.  Boleh diamalkan bagi sistem beli balik hasilan haif.   Bagi sistem ini, syarikat / kilang yang menganjurkan menjual koloni tersebut kepada petani.  Petani akan menjaga ternakan tetsebut dan menjual hasilan haif kepada pihak syarikat dengan harga yang telah ditetapkan.  Keaslian mutu hasilan haif boleh dikawal kerana tuaian hasil akan dibuat secara bersama. Ini akan mengelakkan jualan madu bercampur kepada pengilang.


Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan sistem MILOS (Meliponiculture Integrated Locking System)  ini boleh hubungi 
En. Khamarul Azman (Honeygold) - Tel. 014-8431888 / 014-6094888


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.