Cara Sedut Madu Kelulut dengan Picagari

Pam Sedut Madu Kelulut dengan Picagari


Bagi yang menternak lebah kelulut hanya untuk hobi, boleh guna cara sedut madu kelulut dengan menggunakan picagari. Kaedah ini sangat sesuai untuk sesiapa yang menternak dalam 1-5 koloni dan sekitar rumah kediaman sahaja.

Picagari ini boleh dibeli di kedai farmasi berdekatan dengan tempat anda. Saiz yang disarankan adalah 25 mL.

Di hujung picagari itu boleh disambungkan tiub kecil dalam 5 cm panjang. Ini bagi memudahkan penyedutan dilakukan.

Apabila ingin menyedut, boleh gunakan pencungkil gigi untuk mengoyakkan kantung madu yang tertutup. Pastikan tangan kita bersih semasa melakukan proses penyedutan ini. Kita tak mahu madu kita berlaku sebarang pencemaran.

Apabila lama digunakan, picagari akan menjadi ketat untuk ditarik. Untuk itu perlu disapu dengan minyak masak sebagai pelincir untuk penarik picagari menjadi lancar semula.

Picagari yang digunakan jangan dibasuh dengan air panas tetapi gunakan air sejuk. Ini bagi mengekalkan kualiti getah picagari itu.


Madu kelulut thoracica
Madu kelulut G. thoracica

3 komen

Ada yang kata ketaq tangan sebelum dapat kumpul 100 ml

boleh tak madu kelulut ini disimpan didalam peti ais


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.