Cara Memproses Propolis Berkaca atau Berdamar

Propolis berdamar

Propolis lembut, keras dan berdamar

Sifat fizikal propolis yang dihasilkan oleh kelulut adalah berbeza bergantung kepada kandungan bahan mentah yang digunakan.  Propolis lembut yang dihasilkan oleh H. itama dan kebanyakkan spesis lain pada kebiasaanya lembut dan akan menjadi cair jika terdedah kepada matahari.  Bahan yang biasa digunakan ialah resin dan getah yang diperoleh dari pokok seperti mangga, bacang dan pokok-pokok bergetah lain.  Sebaliknya propolis yang dihasilkan oleh G. thoracica adalah sangat kasar, liat dan keras.  Bagi propolis jenis ini, pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkannya.  Anara bahan tersebut ialah resin / getah daripada pokok, pasir, kayu kering dan juga bahan segar seperti daun, kelopak bunga itu sendiri.  Propolis berdamar (berkaca) pula dengan menggunakan damar yang diambil daripada pokok disamping bahan lain serpihan kayu kering dan juga pasir.  Propolis ini adalah sangat keras.

Bagaimanakah cara untuk memproses propolis yang berdamar?

Perkara utama yang perlu dibuat ialah untuk mengecilkan ketulan-ketulan damar tersebut agar mudah untuk disimpan dan disamping lebih cekap jika proses exktraksi ingin dibuat.  Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengecilkan propolis ialah dengan menggunkan blender / cruncher.  Saiz ketulan yang sesuai untuk tujuan penyimpanan adalah dalam lingkungan 5 mm.  Pada saiz sebegini permukaan propolis yang boleh bertindak balas dengan bahan pelarut adalah lebih tinggi dan seterusnya proses ektraksi adalah lebih cekap.  Untuk memastikan saiz ketulan adalah menepati tahap saiz maksima tertentu, alat mengayak boleh digunakan.

Kegunaan

Kegunaan propolis banyak dibincangkan dan diantaranya untuk jadikan bahan untuk produk luaran seperti sabun mandi, sabun pembersih muka, losion untuk kulit dan ubat gatal.  Propolis juga secara tradisional digunakan untuk rawatan yang berkaitan dengan masalah buasir.  Khusus bagi propolis berdamar seperti ini, ia boleh digunakan sebagai kemenyan sebagai bahan aromaterapi bagi rawatan yang ada masalah berkenaan sistem pernafasan.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.