Bagaimana Ratu Lebah Kelulut Bertelur.....

Lebah pekerja membantu menebuk sel telor bagi memudahkan
lebah dewasa keluar dari sel masing

Proses bertelur adalah agak unik dan berbeza dengan lebah Apis. Lebah kelulut boleh ada lebih daripada satu ratu yang bertelur dalam satu koloni. Ratu baru sentiasa dihasilkan. Walau bagaimanpun kebanyakkannya dibunuh oleh ratu yang memerintah. Ada ratu yang dipenjarakan didalam kokun propolis sebagai ratu simpanan dalam keadaan ratu sedia ada tidak lagi berfungsi dengan baik dan bersdia untuk digantikan. Ratu tua akan dibunuh oleh lebah pekerja apabila sampai masanya.

Disini ialah apa yang berlaku semasa proses ratu bertelur dan seterusnya penghasilan

1. Pertama sekali lebah pekerja akan memenuhi separuh sel telur yang telah siap dibina dengan madu dan roti lebah sebagai sumber makanan kepada anak yang akan membesar dalam sel tersebut

2. Satu atau dua lebah pekerja kemudian meletakkan telurnya kedalam sel tersebut dan kemudian mendorong ratu mendekati sel tersebut untuk bertelur.

3. Sebelum bertelur, ratu akan memakan telur-telur yang telah diletakkan oleh lebah pekerja tadi. Selepas bertelur ratu tersebut akan berpindah ke sel telur seterusnya.

4. Satu atau lebih lebah pekerja akan menutup sel telur tadi dengan melipat bahagian atas (kolar) ke bahagian tengah sel telor tersebut. Sel telur akan kelal tertutup sehingga lebah dewasa muncul selepas 18-22 hari bergantung kepada spesis. Sistem pemberian makanan adalah berbeza dengan lebah Apis dimana dimana larva diberi makan secara berterusan bermula daripada menetas dari telur.

5. Apabila lebah dewasa telah keluar sepenuhnya dari selnya, bekas tersebut rosakkan dan digunakan untuk membuat sel telur baru.

6. Telur yang telah disenyawakan (fertilised) akan bertukar menjadi lebah pekerja dan puteri (bakal ratu). Lebah penjantan adalah terhasil daripada telur ratu yang tidak disenyawakan (unfertilised). Kadangkala lebah pekerja meletakkan telurnya kedalam sel yang telah mempunyai telur ratu. Telur larva lebah pekerja biasanya lebih cepat membesar berbanding dengan larva daripada telur ratu. Dalam keadaan begini larva lebah pekerja akan membunuh larva telur ratu.

7. Lebah penjantan biasanya akan keluar dari koloni tersebut selepas 15 hari menetas. Lebah penjantan akan keluar mencari puteri untuk mengawan dan seterusnya membentuk koloni baru.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.