Aturan Komponen Koloni Dalam Log




Aturan biasa koloni ialah betumin, kokun telor dan dikuti dengan kantung roti lebah dan madu diatas sekali.  Aras yang terbaik untuk memotong log berkenaan ialah pada tahap broodcell dibahagian atas dan juga bawah.  Tujuannya ialah untuk memastikan tiada rongga kosong lain yang ada dalan log tersebut.  Ini akan memaksa koloni untuk membesar kedalam topping untuk membuat takung madu, membuat takung roti lebah dan juga pembesaran kokun anak.   

Kerja memotong log berkenaan hendaklah dibuat dengan berhati dan sedikit demi sedikit agar tidak terpotong kokun anak.  Pada kebiasaannya kokun anak akan diliputi dengan bitumen atau lapisan propolis yang agak keras.  Penternak boleh jangka aras kokun anak dengan mencucuk lidi sehingga bertemu satu lapisan keras tersebut.



4 komen

Terjawab sudah kenapa Kelulut saya selalu menutup lubang yang masuk ke Topping. Lubang atas log saya masih di zona kantung madu dan pollen, belum sampai sel telor. Terima kasih banyak untuk penjelasannya.

Yup... itulah sebabnya lubang topping sentiasa ditutup

kira2 berapa cm (sentimeter) jarak corong dengan garis kuning pak? Log saya (gambar di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152710882711832&set=pcb.10152710890471832&type=1) di bagian atas itu kok ketemu telur ya pak?

SATU INCI dari atas broodcells terbaik..


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.