5 Sebab Koloni Tak Naik Buat Madu di KotakTopping

Lubang yang menghubungi kotak topping & log
asal ditutup rapat

Bentuk Propolis Dalam Kotak Topping

Pada masa ini kebanyakkan penternak telah mengamalkan membuat topping iaitu dengan memotong ke log koloni tahap broodcell dan meletakkan kotak topping diatas log tersebut.  Apabila sistem topping diamalkan, apa yang biasa berlaku dalam kotak topping terbahagi kepada 3 keadaan seperti berikut :

a) Pengeluaran kantung-kantung madu & propolis (keadaan yang penternak kehendaki)
b) Pengeluaran propolis sahaja (tanpa kantung madu)
3) Pembentukan involcurum yang menyelubungi koloni.

Untuk keterangan lanjut berkenaan keadaan diatas, sila rujuk di link-link ini:
- H. itama 
- G. thoracica


Faktor Penyebab Koloni Tidak Membuat Madu Di Dalam Topping

Masalah disini ialah keadaan dimana tiada aktiviti yang terdapat didalam kotak topping tersebut.  Ini bermakna pekerja terus menutup lubang yang dibina untuk menghubungkan antara kotak topping dan log koloni.  Pekerja akan menutup kembali apabila propolis yang menutup lubang itu dikoyakkan. Mengapa keadaan ini boleh berlaku?  Ini berlaku kerana kelulut tidak rasa selesa mendiami kotak tersebut atau tiada keperluan untuk berpindah dari log ke dalam kotak haif.  Ini adalah disebabkan faktor-faktor seperti berikut:

1.  Ruang dalam log masih masak banyak bagi kelulut membuat madu.  Dengan itu, koloni tiada keperluan untuk berpindah ke dalam kotak.  Kelelut pekerja akan menutup untuk memudahkan kawalan suhu ataupun dan menghindar dari serangan musuh perosak.

2. Koloni tidak aktif.  Koloni tidak mempunyai pekerja yang banyak untuk berpindah kedalam kotak. Ruang yang sedia sudah memadai untuk aktiviti koloni tersebut.

3. Kotak topping terlampau besar - Pembinaan kotak seharusnya sesuai dengan saiz koloni.  Saiz topping untuk H. itama dan G. thoracica seharusnya berbeza (Rujuk Link ini - Saiz topping)

4. Kotak tidak sesuai untuk kehidupan kelulut - Antara faktor yang menentukan kesesuaian kotak ialah jenis kayu yang digunakan, ketebalan papan, buatan yang tidak kemas dan lain-lain (Rujuk di Link ini - Penyediaan Kotak)

5. Masalah musuh perosak dalam topping - Ini berkaitan dengan kotak topping yang dibuat tidak kemas.  Kotak yang dibuat tidak kemas boleh menyebabkan serangga pengacau seperti semut boleh memasuk ke dalam kotak topping.  Ia juga berkaitan dengan amalan penternak semasa pemprosesan log untuk dibuat topping.  Amalan memotong batang log tidak rata dan pendedahan log yang lama semasa pemprosesan boleh menyebabkan serangga perosak boleh masuk ke dalam kotak topping.


Cara untuk mengatasi masalah tersebut


1.  Pastikan topping yang dibuat bersesuaian (dari segi kegunaan kayu dan saiz) dengan saiz koloni yang ada (seperti penerangan di pautan diatas).

2.  Pastikan tiada gangguan musuh perosak dalam topping. Topping hendaklah sentiasa diperiksa agar tidak diserang oleh musuh perosak.

3.  Buat pemotongan log ke tahap brood cell dibahagian atas dan bawah log bagi memastikan tiada lagi ruangan yang kosong didalam log selain berpindah ke dalam topping untuk membuat madu.

4.  Teknik mengumpan.  Disini propolis yang menutupi  dibuka.  Sebagai umpan letak beberapa ketulan propolis


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.