3 Kesan Semburan Aedes (fogging) Terhadap Kelastarian Kelulut

Fogging nyamuk Aedes

Sejak akhir-akhir ini masalah yang berkaitan dengan nyamuk dan deman dengi makin menjadi-jadi. Masalah ini sahaja berlaku dikawasan taman-taman perumahan di kawasan bandar.  Iannya merebak dikawasan kumpung-kampung dipinggir bandar.  Pendekatan fogging telah digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.  Keadah ini mewujudkan satu keadaan yang mana sesuatu ruang tertentu penuh dengan titisan racun kecil (droplets) dan bersentuh dengan nyamuk yang berterbagan untuk bertindak. Bahan yang digunakan biasanya dari chlorinated hydrocarbons, organophophates, carbamates dan phytheroids.  

Kadangkala operasi membasmi nyamuk dengan kaedah "fogging" dijalan setiap minggu ataupun beberapa hari dalam seminggu.  Kesan daripada aktiviti ini timbul beberapa isu berkaitan dengan penternakan kelulut.  Pertama apakah kesan semburan kepada kelulut, kedua pencemaran sumber makanan kelulut terhadap kelastarian koloni dan ketiga ialah kualiti madu yang dihasilkan.

Kesan semburan racun perosak kepada kelulut

Isu berkenaan kesan terhadap kelulut itu sendiri banyak dibincangkan oleh penternak-penternak kelulut.  Ada yang mengatakan semburan tidak memberi kesan kepada mereka.  Koloni kelulut ceria macam biasa tanpa nampak apa-apa gangguan khusus.  Ada yang mengatakan kelulut mempertahankan koloni dengan menutup lubang keluar masuk.  Tambahan pada itu, operasi fogging biasanya dilakukan pada awal pagi (selepas subuh) atau lewat petang (sebelum maghrib).  Pada masa itu koloni kebanyakkan sedang berada didalam log.  Ini bermakna jumlah kelulut yang terdedah dengan semburan ini adalah pada tahap minima.   Sebaliknya ada pula yang mengatakan banyak koloni mereka telah meninggalkan sarang akibat dari semburan ini walaupun secara khusus bangkai kelulut yang mati tidak ditemui berdekatan dengan atau didalam haif.  

Dari pemerhatian ini saya berpendapat pada umumnya penyemburan tidak ada masalah kepada kelulut jika operasi fogging tersebut dibuat secara berhemah disamping beberapa persediaan harus dibuat oleh penternak.  Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

1.  Penyemburan sebaiknya dibuat pada lewat petang atau awal pagi semasa kelulut berada sarang masing-masing

2.  Penyemburan dibuat dengan tidak menghala secara terus kepada kawasan ternakan kelulut untuk menimumkan kesan semburan tersebut

3.  Pihak yang berwajib seharusnya memberri notis kepada penternak apabila penyemburan hendak dibuat.  Ini bagi memudahkan penternak membuat persediaan awal seperti membantu menutup corong atau menutup keseluruhan haif dengan bag plastik atau memindahkan ke tempat lain.

4.  Ada yang mencadangkan jika ada pekerja yang terkena semburan (fogging) kerana tidak sempat masuk ke dalam sarang, kesan minyak dibadan lebah boleh dihilangkan dengan semburan air yang dicampur sedikit garam dan air limau nipis.

Terbaik, semua penternak seharusnya membuat satu papan notis untuk makluman kepada mereka yang bertanggung jawab bahawa sesuatu kawasan ialah kawasan penternakan kelulut.  Contoh : "KAWASAN PENTERNAKAN KELULUT - KELULUT ADALAH SENSITIF TERHADAP SEMBURAN RACUN NYAMUK"

Kesan semburan racun terhadap pencemaran sumber makanan

Isu ini juga banyak dibincangkan.  Ada yang mengatakan ianya tidak memberi masalah kerana kelulut boleh membezakan sumber makanan (bunga) yang tercemar dengan yang tidak.  Kelulut boleh keluar mencari sumber makanan dikawasan sekitar yang tidak tercemar dengan semburan tersebut.  Walau bagaimanapun ramai yang sangsi dengan senario diatas.  Kelulut akan terus mengambil pollen dan nektar dari bunga yang tercemar tersebut.  Kesannya bukan kepada lebah kerja secara terus.  Apakah akan jadi kepada kepada jenerasi seterusnya yang telah diberi makan dengan sumber seperti ini.  Adakah ianya memberi kesan negatif terhadap keseimbangan biologi putri-putri, penjantan dan juga lebah generasi lebah pekerja bagi generasi berikutnya?.  Mungkinkah ianya memberi kesan terhadap kesempurnaan biologi kasta-kasta lebah kelulut in?.  Kesan jangka panjang koloni berkenaan semakin lemah.

Kesan terhadap hasilan haif

Satu isu yang banyak dibangkitkan ialah kesan semburan aedes ini terhadap kualiti hasilan haif seperti madu, propolis dan roti lebah (beebread) jika lebah mengambil sumber yang tercemar ini kedalam sarang untuk menghasilkan madu dan hasilan haif lain.

Walau apapun, kenyataan tersebut adalah andaian yang dibuat hasil pemerhatian penternak sahaja tanpa kajian saintifik dijalankan.  Adalah menjadi harapan penternak agar persoalan diatas dapat rungkaikan oleh penyelidik-penyelidikan tempatan dalam masa terdekat. 


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.