Roti Lebah dan Komposisinya



Debunga ini yang dikumpul oleh kelulut, terlebih dahulu dicampur dengan dengan ezmin dari badannya sebelum disimpan. Bahan yang terhasil ini lebih dikenali dengan roti lebah (beebread) apabila berlakunya sedikit penapaian. Roti lebah disimpan dalam kantung roti lebah yang biasanya terletak berdekatan dengan kokun anak.

Sifat fizikal dan kimia roti lebah ini adalah bergantung kepada sumber bunga-bunga yang telah dihinggapi oleh kelulut. Sehubungan dengan itu, roti lebah yang terkumpul bagi satu-satu kawasan adalah berbeza dengan tempat lain memandangkan sumber debunga adalah berlainan. Roti lebah digunakan sebagai makanan kepada koloni. 

Komposisi utama roti lebah adalah seperti berikut:

1.  Enzom, lakto ferment dan yis yang memainkan peranan penting dalam metabolisma sel

2.  Kandungan asid amino yang tinggi dan mudah diserap oleh badan

3.  Asid lemak - Omega 6 dan Omega 3

4.  Vitamin (Pro Vitamin A, B Kompleks, C dan E)

5.  Garam mineral (Zink, selenium, kalsium dan besi)

6.  Bahan anti bakteria semula jadi

7.  Antioxidant -  flavonoids (polyphenols) yang sangat membantu dalam pengedaran darah

8.  Phytosterols yang boleh menurunkan kolesterol dan membantu prostate berfungsi dengan baik.

Roti lebah yang telah dikeringkan dalam oven
Sehubungan dengan itu, roti lebah boleh dianggap sebagai makanan tambahan yang sangat baik terutama sekali sebagai sumber vitamin. Roti lebah juga banyak digunakan dalam pengeluaran produk kosmetik dengan dakwaan ianya berupaya memulihkan sel kulit.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.