Roti Lebah dan Khasiatnya


Pada asasnya kita selalu terdedah dengan perkataan pollen tanaman (debunga). Pollen ialah debunga yang dihasilkan oleh anther dan mengandungi gamete jantan yang mana diperlukan dalam proses pengsenyawaan dan seterusnya bagi menghasilkan buah/biji.

Apa dia itu roti lebah?. Secara ringkas roti lebah ialah pollen lebah (bee pollen) dan berbeza dengan perkataan yang biasa kita gunakan iaitu pollen tanaman (plant pollen). Roti lebah (bee bread) ialah campuran pollen tanaman (debunga), madu atau nektar dan air liur lebah. Roti lebah ialah sangat unik kerana ianya mengandungi kesemua sumber nutrien yang diperlukan untuk kehidupan.

Roti lebah telah digunakan sejak berkurun lalu dalam banyak ketamadunan sebagai sumber makanan tambahan dan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit. Sebagai contoh Hippocrates telah menyatakan roti lebah adalah bahan makanan kesihatan yang terbaik. Orang Mesir dan Cina purba pula telah menyatakan roti lebah ialah sumber makanan perubatan dan awet muda.

Kajian yang dijalankan menunjukkan roti lebah mengandungi 55% karbohidrat, 35% protin, 3% bahan galian & vitamin, 2% asid lemak dan 5% kandungan bahan-bahan lain.

Secara umum pengambilan roti lebah boleh meningkat sistem immiuniti tubuh (kerana mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi) dan meningkatkan pengambilan oksigen. Sehubungan dengan itu, roti lebah banyak digunakan untuk tujuan berikut:

1. Meningkatkan tenaga

2. Meningkatkan stamina

3. Untuk meningkatan penafasan bagi mereka yang ada masalah dengan penyakit yang berkaitan dengan penafasan seperti asma

4. Membantu merawat allergi (alahan)

5. Rawatan berkaitan dengan masalah darah dan kandungan kolesterol tinggi

6. Masalah mati pucuk, masalah yang berkaitan menopaus dan kesuburan

7. Diabetes

8. Kekurangan darah merah

9. Bahan bantuan untuk rawatan obesiti dan meningkatkan berat badan

10. Digunakan untuk rawatan rheumatoid arthritis

11. Sebahagian daripada diet untuk makanan kesihatan

Roti lebah boleh diambil dalam bermacam bentuk sama ada diambil mentah (segar dari sarang), sejuk beku atau makanan tambahan dalam bentuk serbuk. Walau apa pun, roti lebah terbaik adalah ialah roti lebah yang sebenar yang telah dicampur dengan air liur lebah itu sendiri dan bukan roti lebah yang dikumpul dari kaki lebah ketika lebah berkenaan masuk sarang.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.