Pokok Selasih

Tags

Nama botani

Ocimum basilicum

Nama Inggeris

Basil

Nama lain

Kemangi, ruku-ruku


Pengenalan

Sejenis herba renek yang tumbuh menegak. Batangnya keras dengan batang muda berwarna keunguan. Bunganya tumbuh di hujung ranting dan tersusun dalam bentuk silinder. Terdapat beberapa varieti selasih antaranya selasih hijau (bunga berwarna hijau) dan selasih hitam (bunga berwarna ungu). Daunnya berbau wangi apabila dihancurkan. Daun digunakan sebagai ulam dan perasa makanan.  Lebar kanopi adalah dalam lingkungan 2 m.





Keperluan Pertumbuhan

Selasih biasanya ditanam di kawasan rumah untuk ubatan dan ulaman. Tanaman ini memerlukan kawasan yang terbuka dan sesuai ditanam di atas semua jenis tanah terutama yang mempunyai
saliran yang baik.  Pokok ini berbunga sepanjang tahun. 

Cara Pembiakan / Penanaman

Selasih mudah dibiak melalui biji benih atau keratan batang.  Disyorkan ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 1.2 m X 1.2 m.

Catatan 

Disukai oleh H. itama / Tanaman utama bagi kelulut (4 bintang)

----
JIKA ADA MAKLUMAT YANG TIDAK JELAS ATAU TIDAK LENGKAP, HARAP NYATAKAN DIDALAM KOMEN DI BAWAH AGAR ENTRI INI BOLEH DITAMBAH BAIK….

3 komen

Assalam.
Bagaimana untuk saya dapatkan benih Pokok Bunga Air Mata Pengantin?

Khalid Mohd Yunos
017-7911973

Ada orang minat untuk membeli dengan banyak selasih. Boleh jamu bekalkan? Daun segar.
WhatsApp saya 012-6773693

Ada orang minat untuk membeli dengan banyak selasih. Boleh jamu bekalkan? Daun segar.
WhatsApp saya 012-6773693


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.