Pokok Akar Dani

Tags


Nama botani

Combretum indicum (L) DeFilipps, Quisqualis indica L

Nam Inggeris

Drunken sailor, rangoon creeper, chinese honeysuckle

Famili

Combretaceae


Pengenalan

Akar dani ialah sejenis pokok banyak musim yang tumbuh menjalar dan boleh tumbuh sehingga 8 m panjang dengan memanjat pokok-pokok besar.  Bunga berbentuk tiub, warna merah dan berbau wangi.  Pokok berbunga sepanjang tahun.  Saiz buah 30-35 mm dan rasanya seakan-akan buah badam.

Habitat dan keperluan pertumbuhan

Memerlukan cahaya matahari yang banyak bagi pengeluaran bunga yang maksimum.  Sebaiknya sediakan pagola atau persekitaran yang sesuai untuk tumbuhan ini memanjat.  Memerlukan kawasan yang subur dan mempunyai sistem saliran yang baik.  Banyak ditanam sebagai tanaman hiasan.

Cara pembiakan

Boleh dibiak dengan menggunakan biji atau keratan batang.

Maklumat lain

Disukai oleh H. itama.  Anak benih boleh diperoleh dari kebanyakkan nurseri


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.