Pemindahan Koloni Ke Dalam Kotak : Persediaannya


Dalam keadaan biasa, kelulut koloni tidak seharusnya dipindah dari log ke kotak buatan. Yang terbaik ialah dengan mengekal broodcell di dalam log asal dan topping dibuat diatas log bagi tujuan pengumpulan madu. Amalan membelah log kayu dan memidahkan ke kotak haif akan menyebab banyak kerosakkan terhadap koloni berkenaan dan berkemungkinan banyak ahli koloni yang mati, termasuk ratu. Pekerja akan mengambil masa untuk membaiki sarangnya semula. Pemindahan ini juga akan mendedahkan sarang koloni kepada ancaman luar seperti semut, lipas dan ancaman lain.

Pemindahan ke kotak dilakukan apabila tempat koloni asal adalah tidak sesuai

Mengapa perlu pindah ke haif kotak

Pemindahan koloni hanya dibuat dalam keadaan log tidak boleh diselamatkan lagi seperti sudah reput. Koloni yang diselamatkan dari sarang anai-anai (baging), buah kelapa kering dan batang paip juga perlu dipindah ke dalam kotak untuk memudahkan pengurusan koloni berkenaan. Bagi sarang-sarang seperti ini, pemindahan boleh dibuat dengan membelah log, batang paip dan pindahkan keseluruhan koloni tersebut ke dalam kotak haif. Bagi koloni yang terdapat dalam batu bata, simen konkrit atau dalam paip besi, teknik yang lain hendaklah digunakan. Teknik-teknik yang boleh dicuba akan dibincang kemudian.

Bagi perpindahan dari kayu buruk, sarang anai-anai dan sebagainya, beberapa amalan perlu diikuti bagi memastikan pemindahan koloni kedalam kotak boleh berjaya. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

1.  Masa untuk membuat pemindahan koloni

Pemindahan koloni dari log ke kotak hendaklah dijalankan pada awal musim kering. Pada masa ini, pokok2 mula berbunga dan sumber makanan yang diperlukan untuk pembiakan koloni adalah terbanyak.  Masa yang terbaik untuk pemindahan koloni ialah bulan-bulan antara Mac dan Ogos.

2.  Penyediaan kotak yang bersesuaian

Saperti yang telah terangkan dalam entri sebelum ini, kotak hendaklah dibuat dari kayu tanpa rawatan bahan kimia, tebal dan dibuat padat. Jika ada rongga/lubang terbentuk, rongga tersebut hendaklah ditutup dengan propolis dari dalam. Bahan lain seperti tanah liat, sealer boleh digunakan untuk menutup lubang dari luar kotak. Kotak yang tidak kemas akan menyebabkan serangan perosak yang boleh memusnahkan koloni tersebut.

3.  Masalah serangan perosak semasa pemindahan

Pemindahan koloni dari log ke kotak hendaklah dilakukan secepat mungkin. Sehubungan dengan itu sebelum proses membelah log dijalankan, segala peralatan berkaitan seperti kotak haif dan plastik penutup hendaklah tersedia. Jangka masa proses perpindahan yang lama boleh menjemput serangga perosak seperti semut dll. Perlu diingatan kawasan proses perpindahan hendaklah bebas daripada semut dan serangga perosak lain.

Apa perlu buat selepas pemindahan

Apabila pemindahan telah dijalankan, pastikan haif koloni tidak terdedah kepada serangan semut dan serangga merangkak (crawling insects). Minyak injin kotor atau gris boleh digunakan untuk disapu pada tali (jika haif digantung) atau pada tiang dimana haif tersebut diletakkan.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.