Madu Lebah Asli - Antara Mitos dengan Realiti



Artikel ini diterbitkan oleh Majalah Dewan Kosmik edisi September. Ditulis oleh Dr. Wan Iryani, pensyarah di UiTM Puncak Alam.

Beliau menerangkan tentang mitos-mitos yang sering digembar-gemburkan oleh penjual madu dan pengguna tentang cara mengenal pasti madu asli.

Antaranya adalah seperti kedatangan semut pada madu, madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais, pembentukan heksagon apabila madu bercampur air, kelikatan madu apabila bercampur dengan air, menggunakan kertas atau sudu untuk membakar madu, dan mencampurkan madu dengan putih telur. Semua perkara tersebut jelas boleh diperdebatkan menurut Dr. Wan.

Cadangan beliau adalah pengguna membeli madu asli daripada penternak yang dipercayai menjalankan penternakan lebah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, disarankan membeli Majalah Dewan Kosmik Edisi September. Dapatkan di kedai buku berdekatan anda.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.