Madu Asli vs Madu Tiruan / Sintetik / Campuran

Madu Asli  vs Madu Tiruan / Sintetik / Campuran

Mengikut Dr. Wan Iryani Wan Ismail, pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA, kajian yang dijalankan pada tahun 2006 menunjukkan 77 % daripada madu yang ada di pasaran pada masa ini ialah madu tiruan (sintetik) ataupun madu campuran. Sebaliknya hanya 23% yang telah diklasifikasi sebagai madu asli.

Adakah anda semua tahu apa yang dimaksudkan dengan madu tiruan atau madu campuran ini?

Definasi & Sifat Madu Tiruan & Madu Campuran


1.  Madu tiruan (madu sintetik) dihasilkan daripada sirap berfruktos tinggi melalui tindak balas asid pekat ke atas sirap fruktosa.

2.  Sifat utama bagi madu tiruan ialah ianya mengandungi nilai HMF (5-hidrosimetil-2-furaldehid) yang tinggi (> 80 mg/kg)

3.  HMF adalah sangat merbahaya kepada kesihatan kerana kandungan HMF yang tinggi boleh mengubah struktur DNA sel dan seterusnya boleh menjadi penyebab kepada barah dan kerosakkan hati

4.  Madu campuran pula dihasilkan melalui campuran madu lebah (atau madu kelulut) dengan sirap sukrosa.

5.  Sifat utama madu campuran ialah kandungan sukrosa yang tinggi ( > 5 %)

Catatan : 
Bagi saya MADU KELULUT asli yang dicampur dengan MADU LEBAH ASLI dan dijual sebagai MADU KELULUT asli juga MADU CAMPURAN (& bukan MADU KELULUT asli)


Definasi & Sifat Madu Lebah / Kelulut Asli


1.  Bahan pemanis semulajadi dalam bentuk cecair yang dihasilkan dari sumber nektar (atau sap tumbuhan) dan dihasilkan dalam perut lebah dan disimpan dalam sarang lebah sehingga matang.

2.  Sifat utama madu asli adalah seperti berikut:

    a)  Jumlah minima gula penurun (fruktosa + glukosa + maltosa adalah 60% (bagi madu negara tropikal menurut International Honey Commission)

    b)  Nisbah fruktosa/glukosa lebih daripada 1.0

    c)  Kandungan sukrosa tidak melebihi 5%

    d) Kandungan HMF tidak melebih 80 mg / kg

----------------------


JIKA ADA MAKLUMAT YG TIDAK JELAS ATAU TAK LENGKAP... HARAP NYATAKAN DIDALAM KOMEN DI BAWAH AGAR MAKLUMAT INI BOLEH DITAMBAH BAIK….


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.