Koloni Heterotrigona itama Buluh Di Sabah


Pengumpulan dibuat dengan kerjasama penduduk tempatan.  Dilokasi pengumpulan
batang buluh terlebih dahulu digred sebelum dibawa ke ladang ternakan
Log baru terlebih ditempatkan dilokasi pemulihan sebelum aktiviti
pemindahan ke dalam kotak dibuat

Pada umumnya kita tahu lebih 80% daripada koloni yang ditemui di Semenanjung Malaysia ialah pada rongga batang kayu sama ada dibatang yang masih hidup atau mati.  Batang buluh tidaklah merupakan tumpuan utama bagi pemburu koloni kelulut di Semenanjung Malaysia.  Walau bagaiamana pun, bagi negeri Sabah atau Serawak, batang buluh ialah merupakan sumber pencarian koloni kelulut utama.  H. itama ialah spesis utama yang terdapat dibatang buluh di Sabah. Spesis-spesis lain yang dijumpai ialah T. laeviceps dan L. terminata.  Pengumpulan koloni pada umumnya agak mudah kerana tidak melibatkan penebangan pokok yang besar, mudah untuk dkendalikan kerana ringan.  Semasa pengangkutan adalah agak penting agar log buluh tidak diletakkan terbalik bagi memastikan madu didalam kantung yang belum ditutup sepenuhnya tidak pecah.

Sebelum aktiviti pemindahan ke dalam kotak kayu dibuat, koloni dibatang buluh ditempatkan
di kawasan pemulihan buat beberapa minggu.  Ini bagi memastikan koloni biasa dengan
keadaan tempat terutama sekali tempat mencari sumber makanan & bahan lain untuk membuat
sarang dan jug air.



Pada umumnya koloni log H. itama pada batang buluh agak aktif dan
mempunyai banyak mengawal corong

Pekerja kadangkala terpaksa membuat 
Pada umumnya, koloni H. itama yang terjumpa pada batang buluh sangat aktif dengan broodcell dan kantung madu / roti lebah memenuhi keseluruhan satu atau dua ruas buluh tersebut.  Mengikut Puan Jasminie, setiap log buluh boleh menghasilkan 200-300 g madu apabila pemindahan ke dalam kotak dibuat.


Ucapan Terima kasih kepada Puan Jasminie Awang Damit yang telah berkongsi cerita berkenaan aktiviti pengumpulan koloni kelulut H. itama dari batang buluh di Sabah

Rujukan perbincangan di FB




EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.