Cara Proses Madu Kelulut - Kaedah Pempasteuran

Tags

Pandangan sisi

Pandangan atas

Alat yang digunakan oleh Jabatan Haiwan untuk merawat susu
supaya boleh disimpan lama (kaedah pasteurisation)


Proses pasteurization telah direka oleh saintis Perancis bernama Louis Pastuer. Beliau telah menemui kaedah memanaskan suhu pada suhu yang tinggi dan dengan cepat menyejukan ke suhu yang rendah sebelum membotol telah membolehkan susu disimpan dengan lama. Pada masa ini teknik ini telah banyak digunakan dalam industri minuman dan makanan. Proses ini telah terbukti dapat mengurangkan kerosakkan disebabkan pembiakan mikrob.

Teknik ini adalah berbeza dengan proses “sterilization” kerana proses ini tidak membunuh kesemua microorganism yang ada tetapi sebaliknya mengurangkan populasi ketahap yang tidak memberi kesan yang kepada makanan yang dirawat mengikut jangka masa yang telah diuji. Sebab itu, minuman atau makanan yang telah dirawat mempunyai jangka masa penyimpanan yang tertentu. Proses sterilasi tidak diamalkan dalam industri minuman dan makanan kerana ianya akan memberi kesan terhadap citarasa produk tersebut.

Teknik ini telah digunakan dalam pengeluaran madu secara komersial. Dalam proses ini yis telah dimatikan dengan memanaskan madu berkenaan pada suhu dalam lingkungan 70oC. Walau bagaimanapun kaedah ini tidak digalakkan untuk madu kerana kajian yang dijalankan menunjukkan proses ini boleh menjejaskan khasiat madu itu sendiri. Madu mentah (raw honey) pada umum lebih berkhasiat berbanding dengan madu terproses (processed honey) yang telah didedahkan kepada suhu yang tinggi seperti ini.

2 komen


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.