Cara Proses Madu Kelulut - Pengurangan Air

Tags

Kandungan air dalam madu adalah faktor penting dalam menentukan sama ada sesuatu stok madu dapat di simpan baik atau tidak.  Madu dapat disimpan dengan baik apabila kandungan air dalam madu adalah kurang daripada 19%.  Penaipaian akan berlaku walaupun kehadiran spore yis yang minima jika kandungan air dalam madu melebihi 19%.  Sebaliknya stok madu akan dapat disimpan dengan baik jika kandungan air adalah kurang daripada 17%.

Rata-rata kandungan air dalam madu kelelut adalah agak tinggi (berbanding dengan madu lebah biasa) iaitu dalam 20-30% bergantung kepada musim dan kematangan madu.

Sehubungan dengan itu, air dalam madu mesti dikurang ke tahap kuran daripada 19%, jika madu tersebut perlu disimpan pada jangka masa yang lama.  Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kandungan air dalam madu ialah kaedah pemanas dua lapis (doubel boiler).




Kandungan air dalam madu boleh dikurang dengan memanaskan madu dengan menggunakan teknik pemanas dua lapis (double boiler). Teknik ini melibatkan bekas yang mengandungi madu (bekas A) di letak didalam bekas yang mengandungi air panas (bekas B) dan madu dipanaskan menerusi kepanasan air ini. Kaedah ini dapat memastikan madu dapat dipanaskan secara sama rata. Kaedah ini boleh diamalkan oleh petani kecilan kerana teknik ini boleh direka sendiri. Yang penting bekas A dan bekas tidak bersentuhan. Bekas B hendaklah diperbuat daripada keluli tahan karat yang diluluskan untuk pengendalian makanan. Suhu yang disyorkan ialah tidak melebehi 40oC. Kawalan suhu sangat penting kerana pada suhu yang lebih tinggi, adalah dikhuatiri kualiti madu akan terjejas. Jangka masa yang diperlukan adalah antara 10-20 minit bergantung kepada kandungan air dalam madu berkenaan.

Contoh alat pemanas dua lapis (doube boiling). 
Bekas dibawah diisi dengan air untuk tujuan pemanasan. 
Bekas diatas diisi dengan madu



Refractometer yang digunakan untuk mengukur kandungan
air dalam madu
Sebaiknya penternak harus ada alat pengukur kandungan air yang lebih dikenali dengan refraktrometer. Sebenarnya alat refractometer selalu digunakan untuk mengukur kandungan gula dalam larutan atau cecair. Refractrometer yang digunakan untuk mengukur kandungan air dalam madu mempunyai skala yang terbalikkan. Ini bermakna alat ini mengukur peratus air dan bukan peratus gula seperti refraktrometer biasa.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.