Cara Pindah Sarang Kelulut Tanpa Tebang Pokok

Pada masa ini kebanyakkan koloni yang diternak diperoleh dari habitat semula jadi seperti dalam batang pokok hidup, batang pokok yang sudah mati ataupun dalam sarang anai2. Pengambilan koloni dari pokok yang sudah mati adalah tidak menjadi masalah dan sebaliknya harus digalakkan kerana ini adalah antara usaha menyelematkan koloni tersebut dari kemusnahan akibat pembakaran dan sebagainya.

Menyelamatkan Pokok dan Menjaga Alam Semulajadi

Bagi pengambilan dari pokok hidup dari habitat hutan semula jadi, ianya hendaklah dijalankan bagi kawasan yang telah diluluskan untuk pembangunan sama ada untuk aktiviti perladangan ataupun atau pembangunan bandar. Kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai kawasan hutan simpanan sebagai contoh adalah dilarang sama sekali untuk mencari koloni kelulut.

Selain daripada kawasan yang telah digazet untuk pembangunan, pengumpulan koloni dari pokok hidup banyak dijalankan di hutan-hutan atau dikawasan dusun-dusun berdekatan dengan perkampungan penduduk. Setengah pengumpul yang tidak beretika kadangkala menebang pokok-pokok ini walaupun kadangkala pokok-pokok ini mempinyai nilai komersial yang tinggi seperti pokok durian dan rambutan. Aktiviti seperti ini juga banyak menghakis kepelbagaian biodiversiti hutan kerana pencari koloni kelulut tidak dapat membezakan antara pokok yang perlu diberi perlindungan dengan yang tidak.

Sehubungan dengan itu, bagi penternak yang memahami bagaimana pentingnya menjaga kepelbagaian biodiversit ini, beberapa kaedah telah dicuba untuk mendapat koloni kelulut ini tanpa menebang pokok berkaitan. Antara kaedah yang boleh diamalkan adalah dengan menebuk batang kayu dan mengambil keluar broodcells dan pindah ke dalam haif kotak yang disediakan.  

Cara Pindah Koloni Lebah Kelulut

Di sini saya paparkan kaedah tersebut yang banyak diamalkan oleh penternak apabila terjumpa pokok yang mempunyai nilai komersial dan tidak boleh ditebang.


Cara pindah sarang kelulut
Langkah 1. Tentukan spesis kelulut yang ditemui. Teruskan usaha jika ianya H. itama atau G. thoracica 
(spesis utama untuk pengeluaran madu) dan aktif (pekerja banyak). Tinggalkan sahaja jika ianya dari 
spesis lain dan koloni tidak aktif.

Cara pindah sarang kelulut
Langkah 2. Tentukan kawasan dimana broodcel berada. Selalunya broodcel terletak tidak jauh dari muncung. Bonggol yang terbentuk pada log menunjukkan ianya kawasan rongga dan kawasan tumpuan koloni. Ambil muncung pada log dan pindahkan ke kotak haif yang telah disediakan

Cara pindah sarang kelulut
Langkah 3. Mula menebuk dari bahagian bawah tempat koloni berkumpul. Ini memudahkan proses pemindahan koloni berkenaan. Pada kebiasaannya aturan struktur koloni adalah dari bawah propolis (+sedikit beebread & madu), diikuti dengan broodcell, beebread & madu dibahagian teratas. Kapak/golok atau chainsaw/pahat boleh digunkan untuk menebuk log berkenaan.  Proses menebuk hendaklah dibuat secara berhemah (sedikit demi sedikit) agar tidak menjejas broodcell & juga batang berkenaan.

Cara pindah sarang kelulut
Langkah 4.  Pindahkan broodcell kedalam kotak yang telah disediakan. Hendaklah dibuat secara berhati-hati 
agar struktur koloni tidak terpecah. Pastikan hanya broodcell sahaja dipindahkan kedalam kotak & 
ratu tidak tercicir dan tertinggal didalam log. 

Cara pindah sarang kelulut
Langkah 5.  Ambil beebread dan madu dibahagian atas broodcells. Kotak haif yang diisi dengan broodcell tadi diletakkan diatas corong asal dengan orientasi corong adalah sama dengan keadaan asal. Ini bagi memudahkan lebah pekerja kembali ke dalam kotak. Pastikan kotak berkenaan tidak diganggu oleh perosak seperti beruang, monyet, semut dll

Cara pindah sarang kelulut
Langkah 6.  Kotak haif yang diisi dengan broodcell tadi diletakkan diatas corong asal dengan orientasi corong adalah sama dengan keadaan asal. Ini bagi memudahkan lebah pekerja kembali ke dalam kotak. Pastikan kotak berkenaan tidak diganggu oleh perosak seperti beruang, monyet, semut dll.  Tinggalkan kotak dibatang log berkenaan lebih kurang satu minggu bagi memastikan semua pekerja masuk kehaif kotak.  Selepas satu minggu, kotak berkenaan bolehlah dipindah ke ladang ternakan yang berjauhan dengan habitat asal. Pemindahan hendaklah dibuat pada waktu malam agar semua pekerja berada didalam haif semasa pemindahan dibuat.

CATATAN:

1. Teknik ini sesuai bagi pokok yang besar sahaja kerana pembuangan sebahagian batang (dengan cara menebuk) tidak menjejaskan kesetabilan pokok berkenaan.

2. Lubang yang dibuat dibatang kayu sebaiknya ditutup kembali dengan papan tebal. Lubang keluar / masuk ke sarang lama hendaklah dibuat bagi memerangkap koloni baru yang akan singgah & bersarang semula di situ.

Ucapan terima kasih ditujuakan kepada Cokro Haryadi yang telah berkongsi maklumat ini.

Rujukan:

1. Facebook Kelab Lebah Kelulut
2. Pindah Kelulut Brazil (video)


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.