Cara Memindah Koloni Dari Batang Kayu ke Dalam Kotak Haif

Masa yang terbaik untuk membuat pemindahan koloni ialah pada waktu pagi. Pada waktu ini, kebanyakkan pekerja sudah keluar dari sarang. Selain daripada itu, ianya juga memberi peluang kepada pekerja supaya membaiki dan membersih bahagian yang kritikal didalam sarang sebelum senja bagi mengurangkan serangan musuh perosak seperti semut, lipas dan seraangga perosak lain.

Pemindahan koloni dari batang kayu buruk.  Batang kayu hendaklah dipotong dengan berhati
agar tidak mencederakan kokun telor (brood cells)

Pemindahan koloni dari sarang anai-anai


Langkah-langkah pemindahan koloni:


1. Bersihkan haif kotak haif daripada apa bentuk kotoran atau serangga perosak & letakkan haif tersebut berdekatan dengan log yang ingin dipindahkan.

2. Gunakan peralatan yang bersesuaian seperti gergaji, pahat dan tungkul untuk membuka log kayu, batang paip atau sarang anai-anai. Sebelum membelah berkenaan, corong yang terdapat di log kayu hendaklah dipindah ke lubang kotak haif. Kerja-kerja ini hendaklah dijalankan dengan cermat dan sebaik mungkin agar koloni berkenaan tidak terburai. Pastikan tiada ahli koloni yang termusnah. Jika anak kecil (tidak boleh terbang), terkeluar daripada koloni tersebut, ianya hendaklah dikutip untuk diletakkan ke dalam kotak.

3. Proses ini hendaklah dibuat diatas hamparan yang berwarna cerah & bersih (seperti plastik puteh) agar mudah untuk mengutip ahli koloni yang tercicir jika ada.

4. Ambil keseluruhan sel telor dan letakkan berdekatan dengan lubang / corong yang dibuat. Pastikan koloni berkenaan diletak mengikut orientasi koloni dalam log asal (tidak terbalik). Ini dapat dicham dengan membuat pemerhatian terhadap sel telor. Bahagian atas akan mempunyai sel anak yang masih belum ada anak dan terbuka.

5. Tutup haif dengan dengan menggunakan plastik dan stapler supaya padat udara bagi mengelakkan serangan serangga perosak. Bagi mengurangkan kesan bahan panas matahari, beberapa lapis surat khabar lama diltekkan diatas penutup plastik sebelum ditutup dengan penutupnya.

6. Gantikan tempat log asal dengan kotak haif buatan dengan memastikan arah corong haif kotak sama dengan arah muncung log asal bagi memastikan pekerja yang baru dapat pulang tanpa kehilangan haluan.

7. Jangan sekali memindahkan beebread dan madu ke dalam kotak haif bagi mengelakkan kemungkinan perebakkan perosak. Telor dan serangga “hive beetles” telah dilaporkan boleh membiak dalam katung madu dan beebread di log asal.

8. Tinggalkan log asal 1-2 hari untuk memberi peluang kepada pekerja mengangkut bahan makanan (seperti madu dan beebread) yang ada dalam log asal untuk makanan segera koloni. Selepas dua hari, log lama hendaklah segera jauhkan & dimusnahkan (bakar) bagi mengelakkan perebakan perosak dan semut.

9. Perhatikan kemajuan penubuhan / pembentukan koloni baru dari luar dan kehadiran perosak seperti semut, jika ada. Tiga hari pertama ialah masa yang amat kritikal. Dalam masa tiga hari ini, bahagian pekerja akan menutup semua lubang yang ada dengan menggunakan propolis agar semut dan perosak lain tidak boleh memasukki sarangnya.

----

JIKA ADA MAKLUMAT YANG TIDAK JELAS ATAU TIDAK LENGKAP, HARAP NYATAKAN DIDALAM KOMEN DI BAWAH AGAR ENTRI INI BOLEH DITAMBAH BAIK….


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.