Cara Membuat Umpan Perangkap Lebah Kelulut

Tags




Di Brazil, penggunaan botol plastik untuk mengumpan koloni liar lebih banyak digunakan. Ini kerana kos penghasilan kayu adalah mahal.

Asasnya, botol itu mestilah gelap di dalamnya dan disapu dengan propolis cair di dalamnya sebagai penarik bau untuk lebah kelulut datang. Propolis cair boleh dibuat dengan mencampurkan propolis dari koloni kelulut dengan alkohol (bukan arak tetapi alkohol makmal seperti etanol).

Kemudian gantung sekitar tempat yang didapati ada lebah kelulut datang. Selalunya di kawasan-kawasan berdekatan hutan atau yang kaya dengan pokok berbunga atau dusun buahan. Ia menjadi perangkap menangkap kelulut liar.


19 komen

Tangkap tentera shj...bgmna ratu dpt perangkap ker?

Biasanya pekerja akan mengajak ratu muda (boleh terbang) untuk pindah sama...

Tuan slalunya brapa lama lebah kelulut akan msuk dlm botol perangkp yg kita sediakn..

Tak tentu... dari beberapa minggu hingga beberapa bulan

Salam tuan, saya ada buat pengalihan sarang kelulut pada waktu siang dalam jarak yang dekat sahaja, apabila pengalihan telah dibuat, saya mendapati kelulut yang berada diluar berkumpul dan mewujudkan sarang yang baru. Saya perhatikan dalam tempoh 4 hari kelulut masih kekal dengan sarang barunya. Soalan saya, bolehkah koloni disarang baru bertahan kerana saya rasakan tiada ratu dalam sarang baru tersebut? Perlukah saya mengalihkan semula sarang lama dan diletakkan bersebelahan dengan sarang baru?

Bgmana sukatan buat propolis cair?

Boleh jawab soalan saudara apis? Saya pun nak tahu jawabannya..

Kalau tak ada ratu, memang tidak akan bertahan kerana tiada telur baru. Berdoa agar ada bakal ratu yang sedang mencari sarang akan singgah disitu apabila sudah ada sekumpukan lebah pekerja ada disitu

Sehingga hari ini, masih ada kelulut keluar masuk di sarang baru. Kadang-kadang aktif, kadang-kadang tidak aktif (mungkin balik ke sarang asal). Tapi saya perhatikan dalam sarang baru, masih belum ada telur (mungkin belum ada ratu).

Salam. Lebah kelulut bergaduh dan mati. Kenapa dan bagaimana utk menghindarnya.

Tuan, bagaimana saya boleh memperolihi cecair propolis

Cecair propolis dibuat sendiri... dapatkan propolis dari sarang dan cairkannya menggunakan etanol... etanol boleh dapat di farmasi.. cecair untuk bersihkan luka biasanya dibuat dari etanol (alkohol)

Tidak ada sukatan yg khusus... saya sudah cuba cecair propolis yg pekat dan cecair propolis yg cair... semuanya boleh

Ambil sedikit telur bersama telur ratu dari sarang lain (spesis yg sama) dan letakkan ke dalam sarang yg belum ada ratu

Asalam dan selamat sejahtera semuanya..bolehka saya gunakan propolis jenis kelulut kecil untuk memerangkap kelulut besar seperti itama supaya masuk bersarang dalam kotak saya

Bolehkah propolis dicairkan dengan alkohol lain seperti methanol?

Wasalam.Anda boleh menggunakan propolis daripada mana-mana spesies kelulut untuk menangkap kelulut tersebut.Namun,untuk menangkap kelulut JENIS KRISTAL,propolis berdamar WAJIB DIGUNAKAN.

Cecair methanol dikatakan MEMPUNYAI RACUN.Oleh itu,saya mencadangkan agar tuan TIDAK MENGGUNAKAN cecair methanol untuk membuat larutan perangkap itu!


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.