Cara Buat Mesin Pam Sedut Madu Kelulut Berskala Besar

Pam sedut madu kelulut ini sesuai untuk penternak yang menternak koloni lebih daripada 50. Ini berbeza berbanding pam sedut madu kelulut skala kecil. Ia juga berbeza dengan pam manual picagari dan manual set bekam.

Bagi saya penternakan kelulut berskala besar adalah apabila penternak berkenaan mempunyai lebih 200 koloni.  Penternakan berskala ini selalunya melibatkan tenaga pekerja keluarga secara sepenuh masa dan tenaga pekerja upahan semasa operasi utama seperti memproses log dan buat topping serta proses menuai madu.  Kawasan ternakan mungkin dikawasan rumah ataupun diladang ternakan yang dibangunkan khas untuk itu.


Bagi kegunaan penternak yang berskala sebegini pam yang mempunyai kuasa hisapan yang tinggi harus digunakan bagi menjimatkan masa menuai.  Disamping itu, ianya juga mestilah yang tahan lasak dan berupaya menyedut banyak koloni setiap sessi menuai tanpa memberi kesan yang tidak baik kepada pam.

Pemasangan pam pada bekas pengumpul madu (Gambar : Izhar Johari)

Di pasaran saya dapati beberapa jenis pam telah digunakan oleh penternak bagi ladang yang berskala komersial.  Antaranya pump yang diubahsuai dari pam vakum kereta, pam yang diubahsuai dari kompressor petu sejuk dan aspirator yang digunakan untuk menyedut kahak di hospital.  Daripada penilaian yang dibuat, saya dapati pam diatas adalah yang terbaik untuk bagi ladang yang bersekala besar seperti diatas.  Pam ini sangat sesuai kerana ianya tahan lasak, kuasa sedutan yang kuat dan mudah dikendalikan.

Maklumat Teknikal Pam

Maklumat teknikal utama pam ini ialah seperti berikut:

1.  Sumber kuasa - bateri 12V.  Ketahanannya bergantung kepada jenis bateri yang digunakan.

2.  Kadar aliran (flow rate) - 80 L/min (bagi sedutan bahan ringan seperti air / bahan bakar). Bagi sedutan madu dalam kantuing, masa yang diambil bagi 1 liter madu ialahh 8-10 minit.

3. Kitar tugas (duty cycle) - 30 min

Komponen Pam Penyedut

Pam sedutan ini terbahagai kepada lima komponen iaitu :

1.  Pam itu sendiri - 300 watts, berat 4.2 kg

2.  Sumber tenaga (bateri) - Bateri 12V.  Pelbagai jenis bateri boleh digunakan.  Keupayaan bateri tersebut bergantung kepada jenis bateri yang digunakan.  Pam ini boleh beroperasi selama 8 jam jika bateri kancil digunakan.

3.  Bahagian pengumpul madu - Pelbagai jenis bekas pengumpul madu boleh digunakan.  Dalam gambar ini bekas yang digunakan ialah kelalang kon (conical flask) berkapasii 1.2 liter telah digunakan kerana kelalang tersebut telah ada tempat menyambung tiub plastik yang bersesuaian. Balang pengumpul madu lain juga boleh digunakan dengan sedikit pengubahsuaian.

4.  Pam ini mempunyai pemegang (handle) yang lasak untuk memudahkan pergerakan pam.

5. Troli mudah alih - Troli ini diperlukan bagi memudahkan pergerakan pam diladang.  Troli ini hendaklah dari jenis sesuai untuk pergerakan diladang (tayar besar & mempunyai angin).  Contoh troli tersebut adalah seperti didalam gambar dibawah.

Troli untuk memudahkan pergerakan pam

Keupayaan Penggunaan

Dengan anggaran masa menuai ialah 15 minit setiap koloni, anggaran koloni yang boleh dituai setiap hari (6 jam) ialah 24 koloni setiap hari.  Bagi penternak yang mempunyai 200 koloni, jumlah hari yang diperlukan ialah 8-10 hari bekerja sahaja.  Berdasarkan pengiraan tersebut setiap pam mampu menuai sebanyak 400 koloni jika penuaian hasil dibuat setiap 4 minggu (satu bulan).  Jumlah hari berkerja setiap bulan ialah 20 hari (tidak termasuk hari minggu).  Lebih daripada satu pam diperlukan jika koloni adalah melebih 400.

Anggaran Kos

Harga (tidak termasuk bateri / troli) - dalam lingkungan RM1,000.


Catatan
Pam ini telah digunakan secara komersil oleh Saudara Izhar Johari di Ladang Ternakan Kelulut Bukit Wang Jitra Kedah.  Untuk maklumat lanjut penternak boleh berhubung terus dengan beliau (FB Izhar Johari)


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.