Cara Buat Pam Sedut Madu Kelulut Berskala Sederhana

Pam sedut madu kelulut ini digunakan untuk sesiapa yang mempunyai koloni lebah kelulut di antara 5-25 koloni.

Saya takrifkan penternakan kelulut berskala sederhana apabila mempunyai bilangan koloni kurang daripada 100 sarang.  Pada kebiasaannya ternakan dikendalikan oleh penternak sendiri bersama ahli keluarga di kawasan rumah atau di kawasan sekitar. Mereka tidak perlu mengupah orang untuk mengendalikan ternakan meraka.

Pada kebiasaannya, kadar tuaian madu adalah dalam linkungan 4-6 koloni sehari. Manakala pusingan ulangan tuaian ialah setiap 3 hingga 4 minggu sekali. Pada kadar tuaian seperti ini pada pandangan saya, pam yang berkeupayaan sederhana sudah memadai.

Penternak mempunyai beberapa pilihan bagi pam berkapasiti sederhana ini. Antaranya ialah pam yang diubah suai dari pam akuarium, pam bahan api kereta (fuel pump) dan pam susu (breast pump).

Pam susu diterangkan di post ini kerana ia mudah dicari dan dikendalikan.


Peralatan yang diperlukan

Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Pam susu berjenama Pureen (boleh beli di Tesco)
2. Botol susu
3. Penutup getah / rubber stopper / saiz diameter 25mm
4. Penyepit / chopstick jenis keluli tahan karat
5. Tiub plastik dengan diameter 6-7mm (beli di kedai akuarium)
6. Bateri dan pengecaj bateri

Botol susu boleh ditukar dengan botol yang lebih besar kerana botol yang diberi bersama dengan pam adalah sangat kecil.  


Cara Memasang

1. Sambungkan penyepit kepada paip plastik.  Penyepit ini digunakan untuk menebuk kantung madu semasa tuaian dibuat.  Penyepit tadi terlebih dahulu dipotong dibahagian atas dan bawah.  Tahap potongan dibahagian atas adalah mestilah bersesuaian dengan saiz paip plastik yang digunkan.

2. Tebuk getah penutup (rubbber stopper) pada saiz lubang yang bersesuaian dengan paip plastik yang digunakan. Masukkan paip ke lubang getah penutup yang dibuat.

3. Pastikan semua sambungan adalah kedap udara bagi memastikan kuasa sedutan berada dalam tahap maksimum. 

4. Paip plastik yang telah disambungkan dengan penyepit dan penutup kemudian dipasang pada pam seperti yang ditunjukkan di bawah.

Penggunaan

Alat pengecaj bateri boleh digunakan digunakan sebagai sumber kuasa tambahan

Penggunaan sumber letrik

Kuasa letrik juga boleh digunakan dengan membeli adapter AC ke DC yang bersesuaian.  Ianya disambung seperti dalam gambar dibawah.  Set adapter berkenaan ke pilihan 4.5 V.  Harga adaptor ini ialah lebih kurang RM20.00.

Pilihan adapter

Spesifikasi adapter pilihan

Anggaran Kos

RM180 (Rgt Satu ratus lapan puluh sahaja) + Adaptor RM20.00
Sesiapa yang berminat boleh hubungi FB Zaki Mohamed (Shah Alam)


Catatan :

Ucapan ribuan terima kasih kepada Tn. Syed Amran Alqadree Jamalullai, Tn. Kang Jack Mui dan Haslin MH yang telah berkongsi info ini.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.