Bentuk Binaan Propolis dan Kantung Madu Dalam Topping G. thoracica

Dalam entri yang terdahulu saya telah bincang berkenaan dengan bentuk propolis yang terhasil dalam topping bagi spesis H. itama.  Saya telah memperkenalkan istilah seperti roti kopi (bagi struktur memperlihatkan involkorum yang menutupi kokun telor), ros hitam (bagi strukutur propolis berlapis-lapis tanpa ada kantung madu) dan bentuk tangkai anggur (bagi keadaan yang mana kantung madu telah dibentuk berangkai dengan propolis).

Keadaan sama juga terjadi bagi spesis G. thoracica.  Kepelbagaian struktur juga terjadi pada propolis dan kantung madu yang terbentuk dalam kotak topping.  Walau bagaimanapun rupa bentuk struktur adalah lain dengan struktur yang terbentuk bagi H. itama.  Struktur-struktur tersebut kami namakan struktur propolis dengan kantung madu / roti lebah, struktur tahi sapi dan struktur gua propolis.



Struktur propolis dengan kantung madu / roti lebah

Ini adalah bentuk struktur yang diidamkan oleh semua penternak.  Kantung-kantung berangkai bersama propolis telah terbentuk pada lantai dan dinding.  Kantung-kantung ini akan diisikan sama ada dengan madu ataupun roti lebah.  Propolis terbentuk adalah agak nipis, bersih dan lembut. Struktur rangkaian propolis dan madu akan berbentuk berlapis-lapis apabila ianya berkembang memenuhi lantai topping.



Struktur tahi sapi

Bagi struktur ini, satu lapisan involkurum telah terbentuk melindungi kokun telor dan juga struktur lain seperti kantung madu dan kantung roti lebah.  Pada kebiasaannya struktur ini terus membesar dengan pertambahan rangkain struktur propolis, kantung madu dan kantung roti lebah dibawahnya. Jika tidak dibuat apa-apa struktur ini akan terus berkembang dan akan terbuka dengan sendiri bila tiba masanya.  Walau bagaimanapun ada setengah penternak mengoyak involukrum dan mengumpan dengan beberapa kantung madu atau roti lebah bagi mengalakkan pekerja keluar dari kepompong involukrum tersebut dan membuat kantung madu / roti lebah diluar.

Pada umumnya keadaan ini berlaku kepada koloni yang aktif dan sudah tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi membina kantung-kantung madu / roti lebah di dalam log.  Ini memaksa pekerja membuat sarang diluar log (iaitu dalam topping) walaupun koloni berkenaan masih belum bersedia untuk menyuaikan diri dengan keadaan dalam topping sepenuhnya.  Ini mungkin keadaan kotak topping yang terlampau besar, penggunaan kayu yang tidak sesuai ataupun ada gangguan perosak seperti semut, lipas dan sebagainya di dalam topping.



Struktur gua propolis

Bagi penternak, ini adalah bentuk propolis dalam topping yang dikira bermasalah.  Ini kerana bila terjadi sebegini, apa yang terhasil ialah gumpalan propolis sahaja dan kantung madu / roti lebah tidak terhasil.  Tekstur propolis yang terhasil adalah sangat kasar, bercampur pasir dan sama dengan bahan yang digunakan untuk dibuat corong masuk.

Antara kaedah yang pernah di buat oleh penternak dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:

1.  Memotong pendek log koloni ke aras kokun telor pada bahagian atas dan bawah dan menukar dengan topping yang lain yang lebih tinggi dan besar (18"x18"x8").  Kejayaan teknik ini tidak menyeluruh.  Ada penternak yang melaporkan struktur propolis yang sama bentuknya juga terhasil selepas 2 minggu.

2. Kaedah memaksa lebah pekerja keluar ke bahagian topping.  Step2 yang dibuat adalah seperti berikut:
   a)  Bersih propolis didalam topping
   b)  Tukar plastik lain dan kemudian tutup kembali dengan kemas
   c)  Tutup corong apabila semua pekerja sudah masuk ke dalam sarang (dalam jam 8.00 - 9.00 malam)
   d)  Pada petang keesokkannya (hari kedua), ketuk batang log perlahan-lahan bagi memaksa kelulut keluar dari log ke ruang topping.  Ini akan menyebabkan kelulut berterbangan didalam kotak.  Kelulut tidak dapat keluar kerana corongnya telah ditutup.
   e)  Pada keesokannya pula (hari ke 3), buka corong keluar masuk.

Kaedah ini telah dilaporkan berjaya mengembalikan kelulut tersebut aktif didalam kotak topping yang dibuat.  Jika tidak berjaya, ulangi proses ini dengan menutup corong masuk lebih lama (2 malam)

3.  Antara kaedah lain yang diamalkan oleh penternak ialah dengan menutup corong asal di log.  Corong baru dibuat pada kotak topping.  Ini memaksa kelulut keluar masuk kedalam sarang menerusi topping yang disediakan.
  

1 komen so far

Salam, propolis dikatakan baik untuk kesihatan, bagaimanakah memproses propolis ini dapat dimanafatkan, memandangkan apabila kita membelah log untuk memasukkan koloni kelulut ke dalam haif, propolos ini biasanya terbuang begitu saja. mohon respon terima kasih


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.