9 Tip Ketika Membeli Koloni Dalam Log


Koloni yang tidak aktif mempunyai corong
mengecil dihujungnya
Koloni yang aktif mempunyai corong yang berbentuk loceng
Pada masa ini kebanyakkan koloni kelulut yang diperlukan oleh penternak diperoleh dari pemburu koloni. Pemburu koloni ini akan mencari koloni dari hutan dan membekal kepada penternak atau pengusaha koloni kelulut.  Pengusaha ini pada kebiasaannya akan memproses log ini sama ada dengan memindah koloni ke dalam haif kotak atau membuat topping sebelum dijual kepada peminat lebah kelulut yang memelihara secara kecil-kecilan.  Sejak akhir-akhir ini, terlampau banyak isu yang berkaitan dengan penjual-penjual log koloni ini.  Antaranya ialah menjual log yang kokun telornya telah dibahagi dua, log koloni yang dicuri dari penternak lain dan log yang ditebang dari dusun orang tanpa kebenaran.

Bagi memastikan semua penternak tidak tertipu dengan aktiviti yang tidak sihat ini, semua penternak seharusnya bersatu dan tidak membeli apa bentuk log koloni yang mencurigakan.  Antara perkara-perkara yang semua penternak harus memberi perhatian semasa membeli log koloni adalah seperti berikut:

1. Membeli log di tempat penyimpanan pembekal.  Dengan cara ini kita boleh mengenalpasti rekod dan kredibiliti penjual tersebut.  Selain daripada itu, kita boleh buat penilaian status log yang dibeli sama dari segi keaktifan koloni atau sumber log yang boleh diragui.  Jika ada masalah berkenaan dengan koloni, kita boleh rujuk kembali kepada pembekal berkenaan.

2. Jangan beli log yang dihantar ke ladang ternakan atau ke rumah.  Pembekal sebegini selalunya hantar pada waktu.  Penternak sukar untuk menilai status serta kualiti log tersebut pada waktu malam. Semua urusniaga seharusnya dibuat pada waktu siang hari.

3. Jangan beli log yang nampak lama.  Pada umumnya pencari koloni dari habitat asal tidak akan menyimpan lama sebelum dijual kepada penternak. Sebaliknya beli hanya log yang mempunyai ciri-ciri baru diperoleh dari habitat asal. Antara ciri-cirinya ialah ada getah pada kulit dan bersih dari serangan anai-anai dan lain2.

4. Jangan beli log yang baru dibuang kulit / kikis batangnya. Pencari koloni tidak akan membuang kulit ini. Sebaliknya pencuri akan berusaha untuk menghilangkan ciri asal log tersebut dengan cara membuang kulitnya.

6. Jangan beli log yang dipotong ketahap broodcell. Pencari koloni tidak akan potong ke tahap itu untuk memudahkan pengurusan diladang. Pencuri akan memotong lebih pendek untuk menghilangkan tanda-tanda bagi tujuan pengecaman.

7. Jangan beli log koloni daripada pokok hidup yang bernilai komersil seperti rambutan, durian sehingga kita pasti bagaimana log tersebut diperoleh.

8. Beli log yang mempunyai koloni yang aktif.   Log yang aktif mempunyai pekerja yang dan sentiasa banyak.  Ini boleh diperhatikan pada waktu pagi, iaitu dalam jam 9-11.00 pagi.   Koloni yang aktif akan mempunyai ceropong berbentuk loceng (bagi H. itama) dan bersaiz lebih besar.
Beli koloni yang mempunyai corong besar, panjang & segar

9. Minta satu jangka masa jaminan yang tertentu. Ini memberi peluang kepada pembeli untuk mendapat ganti jika koloni yang dibekalkan bermasalah.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.