5 Langkah Menuai Madu Dari Koloni H. itama Yang Garang

Koloni yang aktif biasanya mempunyai pekerja yang
banyak dan mengawal di corong
Berbanding dengan spesis G. thoracica, koloni H. itama kadangkala sangat agresif dan akan menyerang balik pencoroboh walaupun dengan sedikit gangguan seperti semasa ingin membuat pemantauan koloni atau semasa hendak membuat tuaian madu.  Pada umumnya koloni yang agresif seperti ini adalah koloni yang aktif, mempunyai pekerja yang banyak dan berupaya mempertahankan koloninya jika ada pencoroboh seperti kerengga, semut, lebah peru puteh, cicak dan lain-lain.

Kepada penternak, koloni seperti ini boleh memberikan sedikit masalah semasa penuaian.  Jika tanpa persediaan yang betul, kumpulan pekerja akan menyerang penternak dengan mengurumun dan mengigit telinga, hidung, mata dan bahagian yang lembut dimuka.  Ini akan menyebabkan penternak tidak akan berupaya untuk bertahan ketika membuat penuaian hasil yang kadangkala mengambil masa puluhan minit.

Lima langkah bagi mengatasi masalah tersebut adalah adalah seperti berikut:

Langkah 1 - Buka plastik

Buka plastik penutup haif / topping dan buat sedikit kacauan kepada koloni tersebur dengan mengetuk dinding kotak  topping / haif. Ini akan menyebab kelulut pekerja keluar dari haif / kotak dan cuba menyerang penceroboh.   Tinggalkan koloni tersebut buat beberapa minit.

Langkah 2 - Pindah koloni ke tempat lain

Pada masa itu cepat-cepat alihkan topping bersama log koloni ketempat lain pada jarak lebih kurang 3-4 m. Sebaiknya tempat itu adalah teduh dan tidak berdekatan demgan koloni lain. Kereta sorong yang biasa yang digunakan untuk mengangkat gas boleh digunakan. 

Bagi log yang besar dan tidak mudah diangkat, kita boleh angkat topping sahaja. Kaedah ini hendaklah dibuat dengan cermat agar perosak seperti semut tidak mencuri peluang memasuki haif kerana haif tersebut adalah terdedah pada masa itu. Pastikan topping diletak balik dengan kemas ditempat asal dan semua lobang yang mungkin terbentuk di tutup kemas selepas tuaian madu dibuat. 

Kotak yang diletak ditempat asal selepas kotak koloni dipindah ke tempat lain
Langkah 3 - Ambil kotak kosong dan letakkan ditempat koloni asal
Ambil satu kotak kosong yang mempunyai lobang corong dan letakkan ditempat koloni asal. Koloni kelulut ini akan balik ke tempat asal dan mengerumi kotak kosong tadi. 

Langkah 4 - Lakukan tuaian madu

Buat tuaian madu dengan selesa tanpa gangguan pekerja.

Menuai tanpa gangguan pekerja

Langkah 5 - Letakkan kembali koloni di tempat asal

Selepas penuaian dibuat, letakkan balik log tersebut  ketempat asal dengan arah corong adalah sama seperti asal. Pekerja yang berterbangan akan terus memasukki kotak haif atau topping dan membaiki sarangnya semula dalam beberapa minit sahaja. 

Selaian daripada cara tersebut, panduan umum yang harus diikuti bagi memudahkan proses menuai madu agar ganguan koloni boleh dikurangkan adalah seperti berikut:

1. Tutup kepala (rambut) agar kelulut tidak tersangkut pada rambut dan mati apabila penternak ingin membersihkannya.

2. Tutup mata & telinga.  Mata dan telinga adalah kawasan utama yang diserang oleh kelulut kerana tahu ini adalah antara kawasan tubuh badan yang agak sensitif

3. Basah kepala dan tangan bagi memastikan kelulut tidak melekat apabila dihinggapi. 

4. Pakai pakaian yang berwarna putih kerana kelulut tidak suka warna puteh. 

APA-APA PUN YANG TERBAIK IALAH PAKAI PAKAIAN YANG LENGKAP UNTUK TUJUAN TERSEBUT - OVERALL PUTEH BERSAMA TOPI LEBAH DAN SARUNG TANGAN

1 komen so far

tqvm segala info saya manfaatkan. allah saja membalasnya


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.