Ukuran Saiz Kotak Haif Lebah Kelulut MARDI


Pada masa ini ada beberapa bentuk broodcells digunakan oleh penternak di Malaysia.  Jenis-jenis tersebut adalah seperti berikut:
1.         Kotak yang bersaiz besar dan tinggi dimana broodcells, beebread dan madu terbentuk pada kotak yang sama.  Kotak jenis dibuat pelbagai saiz bergantung saiz koloni.  Broodcells selalunya terbentuk dikawasan berdekatan dengan corong (tempat asal diletakkan).  Kantung madu dan kantung beebread terbentuk didinding dan lantai kotak.  Saiz yang biasa dibuat oleh penternak ialah seperti berikut:
·      Untuk H. itama – 12” x 12” x 8” (ukuran dalam)
·      Untuk G. thoracica – 24” x 24” x 12” (ukuran dalam)
2.         Kotak yang dibina kecil dan tinggi dimana broodcells diletakkan.  Madu dituai pada topping yang dipasang diatas kotak haif tersebut.  Saiz kotak broodcell yang disyorkan bagi jenis ini ialah seperti berikut:
·      Saiz kotak broodcells (kotak telur anak) untuk H. itama - 6" x 6" x 6" (ukuran dalam)
·      Saiz kotak broodcells (kotak telur anak) untuk G. thoracica - 12" x 12" x 12" (ukuran dalam)


3.         Kotak yang dibina kecil dengan ketinggian dua atau tiga kali ganda. Bagi kotak jenis ini, broodcells akan terbentuk dibawah dan bergerak ke atas dengan pembiakan koloni berkenaan.  Kantung beebread dan kantung madu akan terbina dibahagian atas.  Teknik ini selalu dibina bertingkat dan tingkat ditambah selari dengan pembesaran koloni tersebut. Saiz yang biasa dibina ialah 5” x 5” dan 36” (ukuran dalam).
4.         Akhir-akhir ini ada juga penternak yang membuat kotak broodcells dengan menggunakan log kayu yang ditebuk.  Log jenis ini memang baik kerana tebal dan padat dan tiada penyambungan yang boleh menyebabkan terbentuknya lubang.  Ukuran dalam yang disyorkan adalah sama dengan ukuran yang disyorkan untuk kotak broodcells kotak. 



5.         Jika papan yang digunakan untuk membuat kotak haif ada baiknya jika ianya dibuat dua lapis seperti yang disyorkan MARDI.  Ukuran dalam yang disyorkan juga sama dengan kotak-kotak rekabentuk lain.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.